Monday, March 19, 2018

Teknik RAHSIA menghasilkan Biskut MAZOLA SEDAP




BISKUT MAZOLA atau BISKUT KACANG 




wahh,sedar tak sedar.Kita harini sudah memasuki 1 REJAB.Ini bermakna kita tak lama lagi sudah menghampiri bulan ramadhan.Dah ganti ke belum ni puasa korang ?Bagi korang yang nak berbisnes sampingan dengan menjual biskut raya.Pasti korang sudah mempunyai koleksi resipi kan? Kali ini,Ina nak berikan resipi rahsia Ina iaitu biskut mazola krap krup.Nak tau kenapa krap krup?? Jom tengok apa bahan rahsia tersebut.




BISKUT MAZOLA


Kacang tanah (300gm)
Gula Kastor ( 1 cawan atau nak kurang manis boleh kurangkan kepada 3/4 cawan )
Minyak Jagung (mazola)
Tepung gandum ( 2 1/2 cawan ) 
Baking soda ( 1 sudu teh) 

Hiasan :

Kuning telur (1 biji)
Sedikit perwarna kuning 



CARA BUAT BISKUT MAZOLA attau KACANG



1. Terlebih dahulu,sangrai kacang tanah sehingga masak. ( Goreng kacang tanah tanpa menggunakan minyak ). 

2. Sangrai kacang tanah di atas api sederhana.Jangan sampai hangus. 

3.Setelah kacang tersebut masak rangup.Biarkan sejuk seketika.

4. Buangkan kulit kacang tersebut.

5. Dengan menggunakan blender,kisar kacang tanah yang telah di buang kulit separa kasar.Jangan terlalu halus.

6. Tapiskan tepung gandum tadi serta masukkan ke dalam bekas bersih.Campurkan sekali bersama kacang tanah,gula halus,tepung gandum,a baking soda dan minyak mazola.

7. Pastikan korang masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Di selang selikan bersama minyak jagung tadi.

8. Apabila doh sedikit keras.Boleh lah lakukan proses menerap.

9. Proses menerap biskut,boleh di lakukan terus ke atas dulang.Tetapi pastikan dulang di sapu marjerin.Atau jika dulang yang non grease,dah tak payah sapu lagi marjerin.

10. Gunakan penggelek.canaikan doh tersebut.Jangan terlalu tebal ataupun nipis.

11. Panaskan oven pada suhu 180' darjah atau mengikut tahap suhu oven masing-masing.

12. Apabila sudah siap canai doh,bancuh telur kuning bersama pewarna oren. Dan sapu atas permukaan biskut tersebut.

13. Last sekali,hiasi biskut dengan kekacang.

14.  Masukkan dulang biskut kacang yang telah di siap kedalam oven.Jaga suhu oven korang,supaya biskut tidak hangus.

15. Tempoh masak adalah selama 20minit atau kurang,bergantung kepada oven masing-masing.




TIPS AGAR BISKUT CEPAT MASAK :



  • Kacang tanah  jangan di kisar halus kerana ingin mendapatkan efek rangup dengan rasa kekacang. 
  • Jika korang menggunakan Oven eletrik yang mempunyai fungsi kipas atau simbol KIPAS. Boleh ON, dan tujuan supaya biskut cepat masak.
  • Api oven boleh gunakan atas bawah supaya biskut masak dengan sekata.



PESANAN INA 




Dulu la..memang ina jual.Tak kira musim perayaan ataupun tidak tetap ada permintaan


Okay,sekarang korang sudah dapat resipi.Bolehlah lepasni nak mula jual atau makan.Bagi yang ingin menjual,di nasihatkan.Korang mengira segala kos. Iaitu dari kos bahan mentah,api/air,masa mencuci peralatan dan tak lupa juga kos bekas balang bagi mengisi biskut raya.Pendek kata,semua kena kira.Ina taknak korang akan kerugian,jika tak ambil kira kos.



No comments:

Post a Comment