Wednesday, March 14, 2018

Tips keluarga bahagia








Pertelingkahan kecil di dalam rumah tangga adalah suatu kebiasaan,ia sesuatu yang normal.Alangkah lidah lagi tergigit,inikan pula manusia.Betul tak? 

Korang yang dah berumah tangga tu mesti pernah kan.Setakat pertelingkahan kecil.. biasa jerlah.Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.Kadang kala,pertelingkahan ini,dari kesilapan dari pasangan masing-masing.


BERGADUH DAPAT MENGERATKAN LAGI PERHUBUNGAN


Tak dinafikan,ada betulnya.Dengan bergaduh bersama pasangan,hubungan semakin bahagia.Bahaya juga ya..,tak bergaduh.Tup tup..,ada masalah paling besar.Suami berkahwin lain secara senyap di belakang isteri...hurmmm.Tetapi itulah hakikatnya.Memang lah,suami hanya pinjaman allah.

Ada seorang hamba allah ni mengadu kepada ina,suami nya bertanya kepada sang isteri.
'Kenapa kita takde bergaduh ye..,tak macam pasangan lain'.. kerap bergaduh.Sang suami lagi berkata,teringin nak merasa suasana tersebut. Bagi pendapat ina sendiri,kemungkinan sang suami sukakan cabaran di dalam berumahtangga.

KOMUNIKASI 2 HALA


Kerapkan bersembang bersama pasangan,jangan berselindung di belakang pasangan.Terutamanya golongan wanita.Pantang bagi isteri,jika korang asyik berahsia.Nanti,macam macam di fikirkan oleh sang isteri.

Jika penat sekalipun,luangkan sedikit masa untuk berborak dengan isteri.Jangan asyik senyap sahaja,pabila pulang di rumah.Yang mana ia boleh mengundang 1000 persepsi tentang korang.

SIMPAN GADGET/SMARTPHONE


Kurangkan penggunaan smartphone di rumah.Utamakan keluarga dahulu.Bertanya khabar hari isteri atau pasangan mahupun anak-anak.Mungkin anak dan pasangan korang perlukan perhatian dari seorang suami dan juga ayah.

JANGAN BAWA STRESS KE  RUMAH


Elakkan dari melepaskan tekanan kerja di rumah.Iya,hal kerja..hanya di pejabat sahaja.Jangan keruhkan keadaan lagi dengan memarahi anak dan juga isteri korang.Seeloknya,korang seharusnya belajar bertenang.Sebagai seorang islam cuba banyakkan istighfar dalam diri dan juga membaca al-quran.Insyallah,jiwa tenang. 

Sebaliknya,bermain la dengan anak.Layan kerenah anak-anak..Jika korang tidak dikurniakan zuriat lagi.Bergurau senda bersama pasangan boleh mengurangi tekanan.

ISTERI DAN ANAK AMANAH ALLAH

Siapa setuju kenyataan ini? Isteri dan anak adalah amanah dari allah s.w.t. Majoriti para suami mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ayah dan juga suami.Apabila rezeki sukar,di katakan ada yang khianat nya.Ini bagi yang mempunyai perniagaan. Tetapi sang suami tidak menyedari layanan yang di berikan kepada sang isteri dan anak.Dan sentiasa mengeluh apa yang telah diberikan kepada mereka.Jika korang yang sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab jangan sesekali berfikiran ia membebankan korang.Sebaliknya amanah allah la, punca dari kerezekian.

Akhir kata,nilai kan sendiri baik buruk demi keluarga.Selebihnya empunya badan yang kena menjawab di sana kelak.

No comments:

Post a Comment