Sunday, March 18, 2018

Tips menghasilkan Inti jem tart nenas dengan mudah

| Cara menghasilkan Inti jem tart nenas homemade |
Hai,sudah lama blog Ina ni tak update pasal resipi kan? Last pada tahun lepas kot.Hmmm... tapi hari ini.Sejak semalam lagi ina terfikir nak update entri pasal resipi ni.Bukanlah menu makan pagi,bukan juga menu makan malam sekalipun.Tetapi ina nak berikan..sedekah resipi Inti Jem tarr nenas.Haa..korang. Apa macam? Dah bersedia??


Inti jem tart nenas
sorry,,takde gambar jem tart nenas pula.. guna ni..boleh la kan


Tart nenas yang sedap adalah dari jem itu sendiri terutamanya.Berdasarkan pengalaman Ina sepanjang menjadi penjual biskut raya.Antara salah satu top hasil jualan ina adalah Tart nenas. Umum sedia maklum,bahawa Jem nenas yang di jual di kedai bakery adalah majoriti dari supplier bukan muslim.Emm.. mungkin lah,ada satu dua supplier dari orang islam sendiri.Tetapi mungkin berbeza dari segi harga. Jadi apa pilihan korang?? Takkan semata perbezaan harga,korang sanggup tolak tepi dari aspek Halal haram.Sendiri menjawab di sana nanti ya.Duit pun tak berkat nanti ya..

Okaylah,Ina di sini ingin memberikan resipi sendiri.Tiada menggunakan pewarna atau pemanis tambahan.Semuanya menggunakan kaedah manual.

INTI JEM TART NENAS


Gula (1 kg)
Kulit Kayu Manis ( 1 batang )

Di kisar halus :

Nenas muda ( 3biji )
Air masak   ( 1 cawan )


  • Kupas kulit nenas,buangkan mata serta empulur nenas tadi

CARA CARA MEMASAK INTI JEM NENAS

1. Selepas kulit nenas di kupas dan di potong,masukkan nenas tersebut bersama air di dalam blender.Kisar halus.

2. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar tadi kedalam kuali yang telah panas.

3. Masak di atas api yang sederhana perlahan.

4. Masukkan gula 1 kg tadi bersama nenas yang telah menggelegak.

5. Kacau di atas api perlahan. Masukkan Kulit kayu manis.

6. Proses mengacau jem nenas ini adalah selama 3 jam.Pastikan korang bersabar dengan proses ini yang mana ia menguji sedikit tahap kesabaran korang.

7. Setelah hampir pekat dan berkilat jem nenas tersebut,segera keluarkan Kulit kayu manis.

8. Tutup api.Dan biarkan ia  seketika di atas kuali.

8. Biarkan jem nenas terlebih dahulu sejuk dan sedia di gunakan.



TIPS :

  • Kulit kayu manis di gunakan adalah bagi mencantikkan tekstur jem tersebut.
  • Kulit kayu manis hendaklah di buang segera bagi mengelakkan jem tersebut dari menjadi keras.
  • Bagi proses inti jem menggelegak,perlukan korang berhati hati kerana sewaktu ini.Akan berlaku sedikit meletup letup.Ehehehe,,sudah berapa kali ina terkena.Banyak terkena tangan dan muka. Tetapi,tetap sabar ina usahakan.Kebanyakan pelanggan memang sukakan inti jem homemade berbanding yang di jual kedai bakery. 


Okay,setakat ini sahaja resipi ina kali ini.Alhamdulillah,berjaya juga update resipi di sini.Sejujurnya,Ina dah tak ambil lagi tempahan biskut biskut raya.Dengan mempunyai anak-anak yang masih kecil,biarlah ina lepaskan yang ini.Fokus sekarang,hanyalah pada blog sahaja. 











No comments:

Post a Comment