Sunday, April 22, 2018

3 Rahsia PENTING dalam menghasilkan Tekstur Roti yang lembut

3 Rahsia Penting dalam menghasilkan tekstur doh roti yang lembut | Terasa berat betul jari jemari nak menaip entri resipi ni tau.Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga release.Ehehehe.. Bukanlah kedekut nak share resipi ni tau.Tapi itulah,masa nak mengedit video sebenarnya ni.. Di tambah lagi dengan masa semakin berkurangan.Tehehehehe.. 





Sebenarnya lama sangat dah tak menguli dan bermain tepung.Background tu,yg bongsu ler duk kacau.

Tutorial ni sebenarnya nak hasilkan roti. Buat sikit jer. Nak hasilkan doh yg LEMBUT meh sini.Satu adunan ini mampu menghasilkan 6-8 biji roti,mengikut anggaran saiz doh 60 gram.
.
.

Bahan-Bahan:

1. Tepung High protein (3 cawan setengah tepung HP)
2. Air sejuk
3. Telur (1biji)
4. Nestum ( dikisar halus)
5.Marjerin ( 2sudu Besar Makan)
6. Gula Castor (3 -4Sudu Besar Makan)
.

Cara bancuh YIS

1. Yis ( 1 sudu teh makan)
2. Gula (secubit)
3. Air suam (sedikit)
.
** Masukkan yis,gula dan air suam..biarkan YIS hidup (iaitu berbuih)


Cara Hasilkan ROTI:


1. masukkan telur,gula,marjerin dan tepung.Gaul sekata.. (guna senduk)
.
2. Masukkan YIS ke dalam adunan tepung tadi.Uli guna tangan..
.
3. Masukkan Air sejuk,sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi.
.
4. Apabila adunan sudah bole di bentuk,STOP letak air sejuk.Jika terlalu lembik,jangan PANIK ya. Tambah tepung bagi balance tekstur.
.
5. Uli adunan sehinga betul2 lembut seperti dlm video.Hentak2 adunan tu..Jangan risau,doh takkan bentat seperti Kek..(lagi uli lama,lagi lembut tekstur roti tersebut).
.
6. Rehatkan doh selama 30minit.Kemudian baru dibentukkan roti.





RAHSIA MENGHASILKAN ROTI LEMBUT:


Gunakan air sejuk :


Berfungsi bagi melembutkan roti yang bakal di hasilkan lembut.


Tepung High Protein : 


Rekomen sangat guna tepung High Protein bagi membuat roti atau donat.Walaupun ia agak sedikit mahal harganya,tetapi ia agak berbaloi. Ambil masa pun tak begitu lama jika uli menggunakan tangan.

NESTUM (DI KISAR HALUS)

Korang dah tak payah gunakan lagi agen pelembut roti.Gunalah nestum sahaja bagi melembutkqn doh roti

.
Okay... Ina sediakan Tutorial Tips hasilkan Roti lembut sampai disini shj.

RESIPI GROUP FACEBOOK


Resipi kat atas ini sebenarnya Ina ambil dalam group Facebook juga ni.. Jika tak silap Ina,mari meroti nama group tu.Lagi pun,memang Ina sudah lama tinggal bidang meroti ni tau.Sejak kehadiran Furqan lagi..Mood semua tu menghilang hari demi hari,maklumlah anak yang masih kecil-kecil.

Ikhlas dari hati ina untuk semua pembaca blog Ina mengenai tutorial menghasilkan Roti lembut sukatan cawan ini.
.

BELAJAR DARI GROUP ROTI SECARA BERBAYAR


Tahun lepas,ina nekad mengambil kelas berbayar bagi menghasilkan pelbagai Roti.Yuran sebanyak RM 80.00 Di kenakan..pakej termasuk pelembut roti dan buku kecil cara pembuatan Roti Asas serta di add ke dalam group whatsapp Meroti.

Okaylah,Cikgu nya okay sangat.Ada disediakan Whatsapp Group,tetapi apa yang tak best.Bila Ina bertanya di dalam grroup tersebut,masing-masing senyap seribu bahasa.

Ahli group,sangat mementingkan diri sendiri.Masing-masing sibuk menunjukan hasil roti mereka di dalam whatsapp.Mungkin meminta dirinya di puji oleh rakan yang lain,akan hasilnya.Sedih sangat,jika tidak silap.2 kali pertanyaan Ina sudah tak berjawab. Lastnya,Ina nekad left group whatsapp tersebut. 

Sekarang,Ina tak naklah orang lain pula yang kerugian seperti Ina.harap tutorial ini dapat menolong korang yang sedang mencari resipi roti.



1 comment:

  1. Bestnya kalau ada masa untuk buat semua ni. Mek boleh baca untuk pengetahuan je la. Huhu

    ReplyDelete