Thursday, April 5, 2018

31 tahun..pelbagai ujian kesihatan mendatang

Hai.. sejak kebelakangan ini kan. Ina dapatkan rasakan bahawa ina ni semakin Tua..hukhukhuk.31 tu..sudah di kira tua lah.Ehehehe.. Kenapa? Sebab kerap sangat sakit.Mungkin allah nak uji umatnya.Allah tarik sedikit nikmatnya.. 







SAKIT KAKI


Ina pun tak tahu kenapa.Memang sejak kebelakangan ini,bahagian kaki sangat sakit.Semacam urat tegang,ha macamtu.Tetapi bukan sakit 24 jam.Ada lah masa-masa tertentu sahaja yang ia datang menyerang.Ina nak drive jauh sikit pun,takut.Risau berlaku kekejangan keatas kaki ina ni.



SELAMAT TINGGAL MINUMAN BERKAFEIN


Setelah Ina siasat puncanya kenapa dan mengapa.Segala kafein ina tinggalkan termasuklah teh.Ia..,jika tidak.Memang setiap hari Ina buat teh untuk di minum sama ada pagi mahupun petang.Sehinggakan suami takut sangat tengok Ina ni ha..

Risau kencing manis katanya.Sebab di zaman sekarang ini,penyakit kencing manis ni,dah tak perlu tunggu keturunan jer.Melalui pemakanan pun,dah boleh dapat,jika tidak menjaga pemakanan dari sekarang.



MELAKUKAN SEDIKIT URUTAN


Okay,yang ni memang Ina amalkan.Selepas berlaku kesakitan sebegini.Inisiatif ina ialah dengan berurut.Berurut dengan sendirinya..ehehehe. Apa pula tak boleh? Janji kena tahu mana punca kesakitan itu.Tetapi korang jangan urut di tempat sakit lahh.

Nak berurut pun,kena tengok juga waktunya.Jangan main taram aje..hihihi.

 Waktu yang paling sesuai berurut adalah waktu pagi dan malam sahaja.. Selain dari itu,urat masih keras,hihihi.Tak sesuai.Tapi kalau korang nak cuba urut tengahari, try and error aje lah. Hihihihi.Ehhh? tapi bukan urut dengan ina tau.Urutlah sendiri.



KEKURANGAN KALSIUM


Selepas Ina mengalami kesakitan tersebut.Barulah ina perasan,bahawa ina ni kekurangan kalsium di dalam badan.Hahahah.. 

Iya,Ina masih menyusukan si Furqan yang berumur 1 tahun 7bulan itu,jadinya..kalsium Ina telah diserap oleh Furqan.Kesannya,jadi macam sekarang lah.Sakit kaki,seperti mahu berlaku kekejangan otot.

Jadinya,sekarang memang Ina sambung minum semula Susu anlene.Katanya,amat bagus untuk tulang kita.Bagus juga kan? Hurm..,Ina minum 3kali sehari susu tu dan gabungkan bersama nestum.Sedap betul..hihihi.



ALLAH BERIKAN KESAKITAN,ALLAH JUGA BERIKAN KESEMBUHAN


Alhamdulillah,allah maha penyembuh.Dia yang memberi ujian,Dia juga maha penyembuh.Sekarang kaki Ina telah pulih.Syukur,jika tidak.Selepas asar,kaki Ina sudah mula sakit.Kerja rumah yang lain pun,tak sempat buat.Sedih tau.


KEKAL AKTIF DENGAN SENAMAN


Setiap pagi,Ina akan lakukan sedikit senaman.Belajar dari youtube kickboxing pun okay.. seronok weii.Berpeluh.. sudah tak perlu lagi pergi ke kelas yoga ke zumba. Hanya depan kaca televisyen sahaja.Dengan harapan,agar ina boleh konsisten hendaknya.



1 comment:

  1. lisa pon tulang dah sakit.. minum susu anlene jadi gemuk pulak hahaha. kafein ni mmg org bgtau tk elok mnum ari2. dlu lisa addict.. pastu tkr ke teh o ais kosong. ais tak tinggal lagi hahahaa

    ReplyDelete