Wednesday, April 11, 2018

Di belakang tabir kami sebagai blogger



Semalam,adalah kenangan terindah buat ina bersama rakan blogger pahang.Alhamdulillah,dapat juga berjumpa 4 mata dengan mereka ini.Jika ikutkan,sebelum ini memang agak sukar lah nak atur perjumpaan macam ini kan.



EVENT DAN  BLOGGER


Kami berjumpa pun,disebabkan event review buffet ramadan di Ancasa Royale Pekan,Pahang.Seronok sangat tau.Antara blogger yang turut hadir event ini ialah Zaza Iman,Cik Renex,Lea Azleeya dan Raydah alhabsyi.Ada yang datang jauh iaitu dari Jengka dan Bera.




PERJUMPAAN ATAS TIKET KERJA BLOGGER


Alhamdulillah,perjumpaan ini tidak sangka.Walaupun kami ini tidak pernah berjumpa antara satu sama lain.Tetapi bila bersua muka.Kami serasi,masing-masing happy go lucky..ehehehe.Mudah untuk bekerjasama.







Pengorbanan seorang blogger.. tengok tu.Kami sanggup berpanas tau..ketika ini,matahari betul-betul atas kepala. Best ni kalau dapat mandi kat kolam belakang tu...sejuk jer airnya.. Ehh,ada siapa-siapa nak sponsor krim spf tak untuk kami ni yer?? hihihi..tanya jer. Kotlah,ada sudi sponsor kami.Boleh juga kami review di blog nanti.







DI SEBALIK TABIR KERJA-KERJA SEBAGAI BLOGGER


Kami di jemput oleh pihak hotel,bukan hanya setakat makan-makan sahaja yer.Kami sebagai blogger ada tugasan disana.Yang mana,kami di wajibkan mengambil gambar menu makanan yang ada sepanjang majlis buffet ramadan itu.



pelbagai desert 


Dan ada juga memerlukan kami lakukan 'Live' di sosial media. Korang rasa susah ke senang? Ada yang sampai tertonggeng-tonggeng nak dapatkan shoot cantik..Eh,, percaya? Hihihi.. tapi itulah.Itu baru gambar tau. Apabila sampai di rumah,kami wajib tulis entri pula.. heeee.Untuk tatapan pembaca blog.Agar mudah pembaca nak cari info carian google kelak.




blogger pahang di Ancasa Royale,pekan



SELESAI TUGASAN DI ANCASA ROYALE,PEKAN PAHANG


Setelah selesai shoot gambar dan makan.Kami sempat lagi posing di luar Ancasa Royale Pekan,Pahang.Pemandangan yang sangat cantik kat sini.Lebih-lebih lagi,semasa matahari tegak.Sangat cantik untuk selfie time.Hahahaha..Kami? memang kaki bergambar.Kalau tak over bergambar,bukanlah blogger namanya.Semua sudut hotel kami terokai. 

Errr,cuma bahagian dalam hotel jer kami belum terokai.Tapi jika di berikan peluang untuk review mana-mana hotel.Kami sanggup.. entri bertulis dan bergambar serta promote hotel.




Kolam renang di Ancasa Royale Pekan,Pahang


Cantik tak?? kolam renang tu lah.. bukan ina.Heeeeee... pemandangan kat sini semasa matahari tegak.Best sangat.Seolah nak terjun ke dalam kolam renang tu tau.Sejuk.. 


Okay,,nantikan entri seterusnya Preview ramadan di  Ancasa Royale,Pekan Pahang.




10 comments:

  1. Replies
    1. lepas siap makan,terus p terjah kolam renang ni.Kerja ni.. bukan sesaje ekin.Kiranya,sambil menyelam la ni..

      Delete
  2. yeayy happy dapat jumpe akk n lain2 blogger. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya kan? ehehehe. dr tahun lepas lagi nak jumpa.

      Delete
  3. Setuju...ingat senang nak jd seorang blogger....we learn everyday how to be good writer...

    ReplyDelete
  4. kan?buat live lagi,shoot gambar lagi..pastu nak tulis menu lagi..orang tak tahu kan?

    ReplyDelete
  5. Best AnCasa Royale ni.. makanan dia best2.. Bilik2 dia pun selesa..

    ReplyDelete