Thursday, April 19, 2018

Kek Ulangtahun Kelahiran Soffea 3 tahun




Semalam ulang tahun kelahiran Nur Wardina Soffea yang ke 3 tahun.Mujurlah semalam Ina masak tenghari awal,siap jam 11.30 pagi.Huhuhuhu.. Dan kebetulan juga,anak sulung Sara tak ke sekolah,jadilah awal sedikit memasak.Jika tidak,selepas Sara pulang dari sekolah,baru Start memasak Ina ni haa.

TETAMU MENGEJUT

Menu tengahari kami sekeluarga semalam ialah Nasi Ayam sahaja.Mudah aje.. nak memasak.Buat pun secara spontan.2 pot gelas untuk nasi ayam semalam.Sebab kononnya untuk kami sekeluarga sahaja yang makan.Tup-tup,tengahari tu juga,suami ajak mak mertua sekali. Hahaha..haru biru di buatnya.Sebabnya,memang tak cukuplah nak makan.Mujur juga kedai depan taman perumahan Ina ni ada gerai Nasi Ayam.Jadinya,tambah jerlah beli dari sana.Tetapi berbeza rasa..hihihi. Mak mertua bagi yang Ina masak tu..

Baca artikel : Selamat Ulangtahun Kelahiran Soffea!


SAMBUTAN BIRTHDAY SOFFEA SECARA MENGEJUT


Memang takda persediaan langsung.Beli kek ini pun,sebab ingin gembirakan Soffea.Seronok tengok anak-anak gembira.Sebenarnya,Soffea dah request awal-awal dari Ina ni.Katanya 'Mama,Yaya nak kek Princess ya'.. ehehehe.. Kecil-kecil dah pandai meminta.Tetapi,nasib baiklah Soffea masih kecil.

Soffea hanya tersenyum apabila ternampak sebiji kek yang di beli oleh abah nya itu.Mujurlah,dia tak tanya kek princess.Ehehehee..tengah-tengah bulan mengambang macam ni.Memang tak nak sambutlah.




Kek semalam,1/2 kg agaknya.Hanya cukup untuk anak-anak makan.Memang tak sempat jika nak ajak orang ni.Huhuhu..Tengok-tengok dalam peti dah tinggal papan kek sahaja.

Kek ini pun,di beli kek display di kedai kek teeet.Makanya,bukanlah pilihan kami.Untuk emergency kek lah ni yer.Corak dan warna..memang tidak memenuhi citarasa ina dan Soffea.Krim agak pahit untuk warna pink.Pendek kata,lepasni Ina nak kena tempah kek lain pula.Yang ada gambar kartun-kartun sedikit untuk budak kan..



KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK SEMASA MAJLIS SAMBUTAN HARIJADI


Lagipun,hanya suka-suka jer ni.Jika ada sambutan party birthday,mesti Ina akan buat majlis sama seperti zaman Ina kanak-kanak dahulu.Ohhh,rindunya saat itu.Jemputan terdiri dari anak-anak kecil dan makanan yang sedap-sedap seperti puding.agar-agar.laksa lemak,gula-gula dan sumi jelly .Indah betul zaman dulu-dulu..sekitar 90-an.

Soffea jangan sedih -sedih tau..nanti mama pula sambut birthday kamu yer



No comments:

Post a Comment