Wednesday, April 4, 2018

Kepentingan Group whatsapp Jiran Tetangga




Semenjak taman perumahan berdekatan Ina berlaku kes pecah rumah.Masing-masing tak senang duduk di rumah.Iyalah,ketakutan tetap ada.Kes pecah rumah baru-baru ini, warga asing di lokasi kebiasaan,iaitu target di rumah-rumah besar dan kawasan perumahan yang sunyi.

Kes pecah rumah ini berlaku berlarutan di kawasan perumahan yang sama.Suspek warga asing ialah seramai 3 orang.Waktu kejadian ialah jam 4 pagi. Wang ringgit serta barangan beharga di larikan oleh perompak tersebut.

Selepas beberapa hari kemudian,lokasi berlainan.3 buah rumah turut menjadi mangsa kes pecah rumah.Namun,cubaan gagal.


Baca artikel : Elak rumah menjadi sasaran perompak


Petang yang sunyi


Suatu petang, sedang ina berehat bersama anak-anak di ruangan tamu.Sambil melipat pakaian.Tiba-tiba kedengaran suara lelaki yang memberi salam di luar rumah.Petang itu,sebenarnya..ada temujanji bahawa ada kedai membaiki mesin basuh ingin mengambil mesin basuh yang telah rosak itu.

Lain yang di tunggu,lain yang datang


Masa ini,Ina sudah rasa pelik.Aik? kata Ina di dalam hati lagi.. "Takkan nak ambil mesin basuh kot,tetapi naik kereta".Di dalam kenderaan ada lagi seorang penumpang.Tetapi tidak nampak jelas akan jantinanya,cermin gelap. Musykil kalau macam ni.

Lelaki terbabit memulakan perbualan..

Lelaki : Assalamualikum..

Ina : Waalaikumsalam,Ye. 


Lelaki : Tumpang tanya, sambil mata meliar mencari sesuatu di parking rumah ina. Dan lelaki tersebut bertanyakan,di mana akak memasang Aircond rumah ni yer?


Ina : Dalam hati..sudah pelik dan hairan. Tetapi Ina menjawab dengan tenang. Ohhh,Ini kawan suami yang pasang.Kenapa ye? 


Lelaki : Ohhh,dekat area sini.Ada tak tempat nak pasang aircond ( kedengaran suara serta lagak yang agak mencurigakan) Suaranya seperti tercungap-cungap.


Sambil mata lelaki tersebut,meliar memandang ke kaca tingkap bilik ina di luar..(Di luar rumah Ina memang ada satu sticker CCTV 24jam..) Kemudian,lelaki terbabit,meminta diri dengan segera.

Group  Whatsapp  Kejiranan


Alhamdulillah,taman perumahan Ina ini mempunyai satu group jiran tetangga.Jika mempunyai segala info-info mengenai hal-hal kejiranan.Memang group ini aktif.Sangat membantu group whatsapp sebegini.Bukan setakat bersembang kosong sahaja.Majoriti ahli group,ambil cakna mengenai persekitaran taman perumahan.

Gambar diatas,ialah perbualan ina di dalam group tersebut.Ina bertanya di dalam group,samada ada atau tidak.Rumah mereka didatangi oleh lelaki seperti  yang ina ceritakan.Kata mereka lagi,agak mencurigakan jika begitu.Ina di soal siasat di dalam group tersebut.Hahaha.. Iyalah, majoriti jiran tetangga Ina badan beruniform,polis.


Okaylah,sampai di sini sahaja kisahnya.Next entri,Ina akan ceritakan lagi mengenai kisah jiran tetangga kami.Untung kan,bila kita bertegur siapa dengan jiran-jiran taman perumahan.Banyak kes-kes yang dapat dibincangkan..tetapi bukanlah hal-hal mengumpat.Syukur juga,di kurniakan jiran-jiran yang baik serta memahami.

1 comment: