Tuesday, April 17, 2018

Kubang Gajah Water Park,Temerloh.Buat anak-anak tak nak BALIK!



Semalam(Ahad) kami sekeluarga beriadah di Kubang Gajah Water Park,Temerloh. Perjalanan kami sekeluarga memakan masa selama 2 jam iaitu dari Kuantan ke Temerloh.

Macam biasa,suami ina ni,suka sangat buat keputusan di last minit.Huhuhuhu.. Jam 11 pagi baru kami bertolak.Seronok juga sebenarnya,last minit macam ni.Ehehehe..Tak jauh lah dari Kuantan tu.



SINGGAH MAKAN TENGAHARI DI RNR GAMBANG


Selama 20 minit kami berhenti di sini bagi memenuhkan perut yang dari dalam perjalanan tadi lagi lapar tau.Hahaha.Bukan makan apa sangat pun.. Ina makan mee sup,suami pula makan nasi dan anak-anak makan ayam goreng bersama nasi kosong sahaja.

Faham aje lah,anak-anak memang tak makan kuah.Pedas lah..takut betul dorang ni semua.Alasan? Takut dalam perjalanan sakit perut..

Psst~ hajat nak makan nasi putih Ikan Patin Masak Tempoyak sebenarnya (jika sampai di Temerloh nanti).Ehehehe..tetapi,Ina takde geng nak makan lauk tu.Hukhukhuk.. Cancel ajer lahh. Ina tak suka kalau kena makan sorang-sorang,memang tak syok la.Terus jadi tak berselera makan.






KUBANG GAJAH WATERPARK, TEMERLOH PAHANG





Kami sampai ke destinasi tepat jam 1.40 petang.Anak-anak ina,semuanya dah tak sabar lagi tau.Walaupun ini kali ke-2 kedatangan Ina ke sini.Bukan main lagi,dorang ni menjerit..hihih.

Semasa Ina sampai di pintu masuk Waterpark ini.Sudah nampak dah,dari luar lagi tau.Orang ramai beratur bagi memasuki ke bahagian dalam.Lain dari kebiasaannya,kali ini.Hari tu datang,takde lah ramai begini.





KEMUDAHAN DI SEDIAKAN

Seronok nak lama-lama kat sini pun,anak-anak kecil pasti tidak mnangis.Kerana adanya kemudahan buaian di ruangan berehat.

Datang Ke Waterpark Kubang Gajah,korang jangan risau pula.Tandas dan tempat persalinan di sediakan.Amat mencukupi.. Selesa sangat.

Dan banyak gerai makanan dan minuman turut di sediakan di dalam Waterpark ini.Ada juga yang membawa bekal dari rumah masing-masing.







Jujurnya,Ina suka sangat mandi di sini.Kerana air nya,yang sejuk.Walau pun,Ina mandi semasa matahari terpacak di atas kepala tau.Rasa best sangat..segar betul.Untuk pengetahuan korang,Water Park ini berdekatan dengan Sungai Pahang. 


HARGA TIKET DI KUBANG GAJAH,WATERPARK  TEMERLOH


Dewasa di kenakan bayaran sebanyak RM 10.00 manakala kanak-kanak dari usia 2 Tahun dan 12 Tahun di kenakan sebanyak RM 8.00 sahaja.

TIKET ISTIMEWA: Warga Emas dan OKU (Orang Kurang Upaya) pula di berikan harga Istimewa iaitu hanya RM 5.00 sahaja setiap orang.



WAKTU OPERASI KUBANG GAJAH,WATERPARK TEMERLOH


Dibuka pada setiap hari sepanjang Cuti Sekolah dan Cuti Umum kecuali RABU di tutup. 


Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi Kubang Gajah Waterpark Temerloh Pahang di talian 019-988 2377


Ikuti mereka di Laman Sosial Media Facebook : https://www.facebook.com/KubangGajahWaterparkOfficial/



No comments:

Post a Comment