Saturday, April 14, 2018

Lega Setelah Angin Keluar Selepas Berurut Sendiri Di Rumah

Semalam,badan ina penuh angin.Huuuhh,sakit yang teramat weii. Kawasan sekitar perut ina,Ya Allah.Mungkin siang tadi,Ina makan tengahari lambat.Akibatnya,angin di bahagian perut naik.Jika dibiarkan mungkin satu badan berangin.







BERURUT SELEPAS MAGHRIB


Sesudah solat maghrib,segera ina capai minyak bagi melakukan proses urutan.Ina mulakan urutan dengan membaca lafaz bismillah beserta selawat keatas nabi.Untuk pengetahuan korang,nak berurut tak boleh ketika matahari tegak di atas kepala tau.Di khuatiri urat masih tegang dan keras.. (ini apa yang abah ina pesan lahh)

Jenis Ina memang suka urut sendiri,baru puashati..heeehehe


CARA URUTAN INA BAGI MEMBUANG ANGIN DI KAWASAN PERUT


1. Ina mulakan urutan di bahagian perut bagi tujuan melembutkan urat di sekitar.Urut secara arah bulatan.
2. Kemudian urut di bahagian perut,dan tolak ke bawah.
3. Urut di bahagian pelipat iaitu antara celahan peha(Rupanya banyak angin yang terkumpul di celahan pelipat..sehingga terkentut-kentut ina..hahaha) Tetapi selepas itu,memang rasa lega yang teramat sangat.


Selepas berurut di kawasan perut dan sekitar pelipat.Ina teruskan dengan urutan bagi menaikkan peranakan.Memang jika Ina lakukan urutan,memang Ina akan selitkan sekali urutan ini.

Baca artikel : Teknik melakukan urutan bagi menaikkan peranakan


BAHAYA JIKA TIDAK BERURUT


Korang pernah tak alami.Macam ni? Badan jadi sakit-sakit akibat tidak berurut? Kebiasaannya,badan yang sakit tidak berurut boleh menyebabkan urat menjadi keras dan seterusnya akan mengalami sakit-sakit badan.

Macam semalam Ina,angin sudah berada di kawasan sekitar pelipat.Ada ketulan angin.Bila di urut berulang kali.Barulah hilang biji tersebut.Dan lega sangat.Apabila angin keluar.


BELAJAR DARI YOUTUBE 

Mudah jer.. Lagipun,ada urutan yang Ina belajar sendiri dari youtube juga ni.Bila selalu practise,akhirnya berjaya lah juga.Ringan sikit badan ni.Okay,macam 'Me Time' juga lah.Dapat hilangkan penat badan.


TUTORIAL DI YOUTUBE

Okaylah,sebelum ini.Ada juga ina lakukan tutorial di channel Youtube ina.Tetapi sayang,Channel Youtube Ina sudah di ban oleh pihak Youtube ( disebabkan anak-anak yang duk gatal tangan klik iklan-iklan di youtube.. huhuhuhu.)


Sekarang ni,Ina tengah cari mood untuk lakukan tutorial di Youtube.Huuuuhhhh..Penat tau,buat tutorial.Dah hilang.Dah tak boleh buka langsung.Tapi,ina ada buka Channel Youtube yang baru pula.. Heee. 

1 comment: