Monday, April 9, 2018

PDRM efisyen dalam melakukan tugasan



Okay,ini adalah sambungan entri Kepentingan Group whatsapp Jiran Tetangga . Pada minggu yang lepas,taman perumahan ina di datangi oleh satu kumpulan mungkin boleh di klasifikasikan sebagai penjahat.


JIRAN-JIRAN YANG PEKA TERHADAP SEKELILING


Suatu petang,di kawasan perumahan rumah ina ini memang tak dinafikan sangat sunyi.Majoriti penduduk di sini bekerja pada sebelah siang.Surirumah disini hanya 2 rumah sahaja.Untuk pengetahuan korang,taman perumahan ini hanya mempunyai 2 baris sahaja.

Ina sendiri pun,takut nak bersantai di luar rumah,semenjak banyak kes pecah rumah di kawasan ini.Kadang-kadang tu,mereka ni menyamar sebagai jurujual la atau pura-pura bertanyakan jalan.


Satu di sebelah menghadap ke jalan utama dan satu baris lagi di belakang bukit ( bukit yang baru dalam proses pecah batu serta hutan dibersihkan untuk dijadikan taman perumahan kelak),yang mana kawasan belakang perumahan itu agak sedikit sunyi.Eh,,korang ni kalau ina cerita panjang-panjang,korang mana nak tau kan? heeeeehehe.

KERETA ISWARA DAN MOTORSIKAL YANG MENCURIGKAN


Seorang jiran kami.Katanya ternampak sebuah kereta iswara yang mencurigakan.Kerana sebuah kereta itu bersama seorang pembonceng motorsikal asyik mengelilingi taman kami. Dan paling mengukuhkan lagi kenyataan, kereta iswara tersebut membawa 1 tangga.Okay,jika berfikiran positif..kemungkinan mereka ini ingin mencari rumah bagi kerja-kerja wiring sahaja kan? Tetapi sebeliknya,sangat mencurigakan kata jiran Ina.

Mujurlah nombor plat kereta di hafal oleh jiran ini,cuma motor itu sahaja tidak berjaya diingati.


SANGAT EFISYEN DALAM TUGASAN (PDRM)


Untuk pengetahuan korang,kawasan kejiranan ina ni.Di kelilingi oleh jiran-jiran badan-badan beruniform iaitu polis.Jiran sebelah ina pun polis.Alhamdulillah, Jadi,jika ada sebarang kes-kes jenayah,boleh terus di utarakan kepadanya.

Setelah group whatsapp kecoh dengan insiden diatas.Dengan pantas,jiran kami bertindak.Menghantar pasukan rondaan  bagi meninjau kawasan kami.Berbekalkan sedikit info yang telah di berikan,akhirnya.Malam selepas maghrib iaitu kurang dari 24 jam,suspek yang menaiki kereta iswara berjaya di berkas pada hari yang sama.Cuma pembonceng motorsikal sahaja yang tiada maklumat.

Alhamdulillah,syukur sangat.Terima kasih PDRM.. ehehehe,sangat efisyen dalam melakukan kerja-kerja sebegini.

Inilah yang dikatakan,yang berat sama di pikul,yang ringan sama di jinjing.Akhirnya,selesai masalah kes kereta iswara yang mencurigakan itu.Di tambah lagi,dengan jiran-jiran yang ambil berat tentang keadaan sekeliling. 

Baca artikel : 5 Tips penting bagi mengelak dari kes pecah rumah

 

2 comments:

  1. Alhamdulillah, beruntung ada jiran-jiran yang ambil berat antara satu sama lain

    ReplyDelete