Sunday, April 1, 2018

Sambutan birthday abah di AL-DANTE,Jalan Tun Ismail

Menyambut ulang tahun kelahiran ABAH di AL-Dante


Beberapa hari yang lepas ialah ulangtahun kelahiran abah ina yang ke 67.Kami menyambut di sebuah restoran moden di bandar kuantan iaitu di Al Dante.Sambutan kali ini,dilakukan secara spontan..,jadinya tiada kek.Hihihi..cukup sahaja dengan aktiviti makan-makan bersama adik beradik yang lain.


Semoga abah sihat serta dalam lindungan allah s.wt selalu..







Konsep moden restoren

Restoran ini terletak di bandar Kuantan,iaitu di jalan Ismail.Hiasan di dalam restoren amat moden.Selesa dan bersih.Dari meja dan kerusi sangat matching dengan suasana restoren.Sungguh tenang apabila masuk ke restoren ini.Restorean tertutup dan dilengkapi penghawa dingin.

Staff yang peramah.

Menu makanan 


Ada jenis makanan barat dan juga selera melayu.Tetapi malam itu,kami sekeluarga menempah western food dan nasi.

Antara menu yang kami sekeluarga order : Carbonara seafood,chicken lasagna,mushroom soup,Mee goreng mamak dan nasi goreng cina.

Masing-masing menempah air jus buahan seperti jus nenas,tembikai, dan jus epal.Air boleh juga ambil di bar depan.


MENU BREAKFAST di AL-DANTE 


Jika korang ingin bersarapan disini,sangat okay.Selera kelantan.Antara menu sarapan ialah nasi dagang,nasi tumpang dan pelbagai.Sedap jer tengok menu-menu sarapan tu semua.


carbonara seafood


Carbonara seafood antara menu wajib jika memesan western food.Cukup rasa.. tidak menghampakan.Puas hati.. ina makan berkongsi dengan anak-anak.Sedap sangat.


Chicken lasagna


Chicken lasagna..hiasan cantik.Kaya dengan rasa ayam dan rencah.Ina dan anak-anak berebut makan yang ini.


mushroom soup


Ini pun,sup kegemaran ina dan anak-anak juga. Tetapi,mungkin style chef di restoren ini.Masam sedikit sup cendawan ini.Kepekatan sudah okay.Cuma kelainan dalam sup ini.




Sempat selfie welfie dahulu sebelum menanti order siap! ehehehe.. 





Keseluruhan disini,okaylah.Boleh tengok chef memasak di ruangan dapur mereka.Transparent kitchen.. pelanggan memang boleh nampak terus chef memasak.Pasal asap? jangan risau.Asap memang tak keluar. 


Alamat restoren al dante Kuantan


A1, Ground Floor, Lorong Tun Ismail 10, Jalan Tun Ismail, 2500 Kuantan
25000 Kuala Pahang, Pahang, Malaysia
Dapatkan Panduan Arah

untuk tempahan : 012-940 7530

1 comment:

  1. Selamat hari jadi abah sis :) macam best menu kat situ, nanti ke kuantan boleh la kin try

    ReplyDelete