Wednesday, April 18, 2018

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Soffea yang ke 3

Hari ini ialah ulang tahun kelahiran Nur Wardina Soffea.Banyak pula kenangan yang berlalu di timeline Facebook  Ina ni. Di atas itu,Ina screenshot  Akaun laman sosial Ina sendiri.Entri ini Ina nak flashback memory lahh

Banyak betul kenangan pahit manis sewaktu mengandungkan Soffea sehinggalah semasa berpantang.Mungkin Ujian ini menandakan Allah begitu sayangkan Ina.


TEMPOH MENGANDUNGKAN SOFFEA PENUH DENGAN DRAMA AIRMATA


Sangat sensitif semasa mengandungkan Soffea ni tau.Memang ratu airmata betul Ina ni tau.Hahahaha..Mana taknya, tak dapat apa yang ina inginkan,menangis la penyelesaiannya.Ehehehe. Sehinggalah dapat apa yang ina nak kan itu..( mengidam)

Suami tegur sikit pun,sudah berlinangan airmata ni tau.Hahaha..bila teringatkan kembali.Ya Allah..apa lah Ina ni.Benda kecil pun,boleh jadi besar.Tetapi ini semua pembawakan budak sahaja.Selepas bersalin terus hilang perangai ni tau.. 




KANDUNGAN TIDAK KUAT SEMASA MENGANDUNGKAN SOFFEA


Masa Ina di sahkan mengandung.Tekak Ina ni meronta nak makan segala jeruk.Dan Ina pun beli lah.Makan jugak.. jika tidak silap Ina,Jeruk timbang yang Ina beli tu sebanyak RM 20 jugak.Beli jeruk betik pedas..wahh,sedap betul time tu makan.Sehingga Ina sendiri terlupa bahawa sedang mengandungkan Soffea yang ketika itu kandungan baru sahaja memasuki beberapa minggu..(kemungkinan 4minggu).

Keesokan harinya,Bleeding non stop.Menangis tak berlagu Ina masa ni tau.Sebabnya,simptom keguguran sudah jelas kelihatan.Baca kat sini untuk kisah bleeding : Al-Fatihah kepada kandungan

Yang paling Ina sedih,bleeding ON OFF,sehingga kandungan memasuki 7 bulan.Jika ina stress dan penat.Berlaku pendarahan lagi dan lagi.. 


SANGAT LEMAH SEMASA MENGANDUNGKAN SOFFEA



Sedih sangat tau,semasa mengandungkan Soffea ni.Ina memang tak kuat.Dengan alahan yang sangat kuat.Muntah lahh.. menyembur nyembur muntahnya tau.Mabuk kereta jadinya,walhal suami bawa keluar makan jer pun.Dekat sahaja..sekitar bandar Kuantan.Dalam perjalanan tu juga,muntah tak dapat di tahan-tahan.Memang tak sempat nak buka pintu kereta.Dalam kereta juga  termuntah.. huhuhu. Entah berapa kali berhenti kereta.Hihihihi..muntah di tepi jalan.

Sepanjang mengandungkan Soffea,memang Ina jadikan Al-Quran sebagai sahabat baik Ina. 5 kali sehari mengaji al-Quran..dan paling kuat, sepanjang kehamilan Ina solat tahajud.Memang rajin sangat.. bangun di tengah malam.Ina pun tak tahu kenapa.. tetapi itulah.Sehingga sekarang,ina masih amalkan. 


BERSALIN MUDAH 


Allah berikan Ina pelbagai ujian semasa tempoh mengandung.Allah berikan juga Rezeki kepada Ina sewaktu proses kelahiran Soffea.Sangat mudah juga. Secara tiba-tiba badan terasa lesu pada siang hari Jumaat,semacam tanda nak bersalin.Perut pula memulas.. sakit tengahari..dan tanpa Ina sedar,sudah terberak..hihihi.Waktu tu sibuk memasak di dapur.Sibuk uruskan anak sulung.Lagipun Jumaat waktu pendek.

Malam tu,Ina bagitahu suami.Bahawa,Ina tak sedap hati.Jam 9 malam suami terus bawa Ina ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bahagian bersalin.Selesai urusan pendaftaran. 

Doktor meminta ina masuk ke bilik yang di khaskan bagi pemeriksaan bukaan vagina sama ada, berlaku bukaan atau sebaliknya.Rupanya,tepat jangkaan Ina.Doktor memberitahu sudah ada bukaan iaitu 5cm dan Doktor memberitahu Ina,sudah bersedia untuk bersalin.Berdebar sangat waktu tu tau. Tepat jam 1 pagi,barulah selesai Ina bersalin.Alhamdulillah.


HERNIA PUSAT

Okay,selepas bersalin kan Soffea pagi Sabtu 18.4.2016,Tengahari Sabtu juga,Doktor benarkan Ina pulang ke rumah.Alhamdulillah..syukur sangat tau.Mudah Allah berikan rezeki kali ini.Berbanding anak sulung Ina 2 minggu di tahan hospital dengan bacaan Kuning yang sangat tinggi.

Tetapi,allah turunkan ujian lain untuk Soffea ketika ini.Sedih,tapi ina positifkan diri. Sesudah bayi dikeluarkan,Ina perasan.Kenapa lah pula kali ini ubat pusat baby tidak di berikan sekali.Ina hanya diamkan diri sahaja.Ehehehe.. Nak balik dari hospital tu,baru dapat ubat pusat yang bewarna merah tu tau.Jadinya,pusat agak sedikit berair.


Memasuki waktu malam,baby sudah menunjukkan simptom pelik.Asyik berak..najis bewarna kuning,lepastu hijau.Ina okay sahaja masa ni,fikirkan.Ini ialah tanda normal bagi bayi yang baru lahir.Okay.. Ina hanya diamkan diri.

Yang menjadi pelik,dalam masa 20 minit.Pampers kerap di tukar.Malam sahaja sudah menggunakan 10 pampers.Hahh? Pelik tak yer? Insiden ini berlarutan sehingga seminggu.Ina pun bagitahu kepada nurse yang datang check up Ina.Katanya Nurse tersebut,kena pergi ke hospital.Emosi Ina semasa ini kusut..ina tenangkan diri jer masa ni.Buat seperti tiada apa yang berlaku.


PENYELESAIAN KEPADA HERNIA PUSAT SEMASA BABY YANG BARU LAHIR


Doktor memberitahu kepada Ina.Hal ini agak serius.Dengan keadaan pusat baby yang tertonjol itu.Seperti Belon yang kecut tu ..haa? macam tu lah keadaannya. Bila di tekan ada bunyi..

Doktor memberitahu supaya lakukan Operate selepas 6 bulan usia baby.Katanya operate bagi menyelesaikan masalah tersebut.Berkaitan usus tersepit jika tak silap.


Akhirnya,Ina mencuba sendiri kaedah tradisional.Hanya tuam kan pusat baby dengan (habbatus sauda bersama tali pusat baby).Maksudnya,bungkus 2 barang tersebut di dalam kain.Ehehe...sambil-sambil bacakan lafaz bismillah di sertai selawat ke atas Nabi dibacakan sebanyak 3kali dengan niat penyembuhan.


Okaylah korang.. Entri ini di tulis untuk kenangan sahaja.Agar kenangan ini tak luput dari ingatan ina serta untuk tatapan Soffea di masa akan datang.Nanti Soffea besar,baca blog mama ni tau.Susah senang mama mengandungkan kamu selama 9 bulan.Penat jerih semasa proses berpantang.




Selamat Hari jadi Nur Wardina Soffea yang ke 3 tahun pada 2018 ini.Semoga anak mama cemerlang di dunia dan akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment