Tuesday, April 24, 2018

Tahniah Sara! Menang di Tempat ke-2 bagi acara Larian 50 Meter


Alhamdulillah,sungguh tak sangka.Nur Iman Qhaisara ni menang di tempat ke -2 dalam Acara Larian 50 Meter bagi Pra-Sekolah.

Sebenarnya,Ina tak letak harapan untuk Sara menang.Tetapi Ina ada janjikan kepadanya,jika Sara menang.' Mama belanja makan Pizza".Tup - tup,menang juga Sara ni..Eeheheeh..




Sebelum acara sukan bermula..,anak-anak  Pra Sekolah di arahkan supaya  melakukan senaman ringan bagi mengelakkan kekejangan otot berlaku.

Betapa gembiranya mereka ini semua.Bersemangat betul lah..Tengok tu muka masing-masing..hihihihi.





Acara sukan ini, juga berkongsi majlis bersama pelajar darjah 1 hingga 6.Tetapi acara di mulakan terlebih dahulu dengan acara sukan Pra-Sekolah.

Gambar ini diambil ketika sebelum acara bermula.Ibu bapa pelajar di minta duduk di dalam khemah yang telah di sediakan,bersama guru-guru yang lain.

Khemah di depan ini ialah,Rumah-rumah sukan pelajar sekolah rendah..








SARA MINTA LAKUKAN VIDEO SEMASA ACARA SUKAN TERSEBUT

Sepanjang majlis sukan dia ni,Mama dah awal-awal kena pesan dengan Sara ni tau.Katanya,jangan lupa buat video untuk Sara yer Mama.Hahahaha..Adoii, suka betul dia ni dengan rakaman video. Sepanjang hari,mama jadi videographer tau.Penat mama berlari ke sana ke sini bagi mendapatkan gambar yang menarik.Tetapi,biarlah janji anak mama ni puas nanti,boleh tengok semula rakaman sukan itu.

Mujurlah mama dah beli Octopus Tripod tempoh hari,jadinya.Tak bergegar lah rakaman video mama tu.Alhamdulillah! Dan mujur juga,si Kecil Soffea dan Furqan,Mama tinggalkan sekejap bersama abah.Lega lah sedikit.. 






MAJLIS SELESAI AWAL


Lebih kurang jam 9.30 pagi,majlis sukan bagi Pra-sekolah siap awal.Alhamdulillah.Semua pelajar Pra-Sekolah di benarkan pulang awal dan tak perlu menunggu sehingga Jam 12.30 tengahari.

Sara terlalu Excited .Tengoklah mukanya tu,Over kot.Ada lagi muka ekstrem over si Sara ni..hehehe.Kelakar jer..

Nasib baiklah,ada rezeki Sara menang.Jika tak,menangis balik rumah dia ni.Kecewa,sebab nakkan hadiah medal tu.Sampai ke malam tau,Sara tu duk belek Medal dia tuu.Jenuh Ina nak simpan,dia tak bagi.Huuuh..Tapi hari ni barulah dapat sorokkan Medal tu.Kalau tak,dia duk main-main.Asyik gantung ajer kat leher tu..

Masa dalam perjalanan pulang ke rumah tu.Sara dah bertanyakan kepada mama.Tengahari nak makan ape kita ni?? Erkkk.. Dia ingat lagi tau,janji Ina kepada dia tu..huhuhu.



REWARD SARA DENGAN  PIZZA HUT


Selepas berehat 2 jam di rumah,Sara sudah recharge tenaga dia dengan tidur! Huhh.. Jam 11.30 pagi baru kami sekeluarga keluar cari makan.Si suami nak makan nasi,tetapi Sara masih teringatkan Pizza dia tuu. Terus bergegas ke Pizza Hut di Kuantan Parade.



Bukanlah selalu manjakan anak-anak ini.Sesekali,apa salahnya.Belanja makan apa yang dia suka.Tengoklah muka Sara tu,kemain happy dia.


Selepas makan tu,kami sekeluarga window shopping,tengok  baju-baju raya yang di jual.Sementara nak tunggu raya.Tetapi kebiasaannya, seminggu sebelum Raya,baru beli baju serta kelengkapan Raya.Hihihi..
































2 comments: