Saturday, April 7, 2018

Usah mempersoalkan ciptaan allah



Berlegar-legar gambar ni di timeline facebook ina.Ehehehe..Kenangan 2014 dahulu.Inilah anak sulung ina.Nur Iman Qhaisara yang kini berumur 6 tahun.

Bila di tunjukkan kepada sara.

Sara :Eh,mama siapa tu? Rambut dia besar lah.. (Sara masih keliru antara rambut panjang atau rambut besar..) penggunaan ayat masih dalam pembelajaran lagi.

Mama : ( Sambil ketawa berdekah dalam hati...) pastu mama pun bagitahu kat sara. Rambut kembang tu,mata kacang dan hidung bulat tu.. Sara lah.Masa kecil dahulu. 

Sara : (muka malu-malu).. Ermmm,mama nii.Sambil sara buat muka cute..kononnya.



BERPESAN KEPADA ANAK SUPAYA JANGAN MENGHINA CIPTAAN ALLAH

Lepas pada itu,Ina sempatlah berpesan kepada sara.Bahawa,tidak baik mengata ciptaan allah begitu.Semuanya ciptaan allah ada keistimewaan.Jadi,selepas ini,jika ternampak apa-apa yang pelik.Jangan di tegur atau di hina. 

Reaksi sara...

Mama,sara taknak masuk api neraka.Nanti kena bakar..

MULUT IBARAT SEPERTI BILAH PISAU YANG TAJAM

Pernah sewaktu kecil,sedari baby lagi..sehingga lah sekarang.Sara di hina berambut kerinting.Adakah salah berambut kerinting? Kenapa perlu hina? kenapa perlu persoalkan ciptaan allah s.w.t. Sempurna kah kita? Ina bukanlah hati tisu.Tetapi ina nak bertanya,sempurna kah mereka yang mengutuk dan menghina itu? 

Kenapa perlu mempersoalkan ciptaan allah s.w.t? Pelbagai sifat manusia zaman sekarang ni. Betapa angkuhnya yang bertanya tersebut.



MENJATUHKAN SEMANGAT ORANG YANG DI HINA


Ingat ya,setiap apa yang kita kutuk dan hina individu tersebut.Mampu membuatkan seseorang individu menjadi tidak ada keyakinan diri. Sara selalu bertanya kepada ina,kenapa dia berambut kerinting? Jika korang di tempat ina,sebagai ibu.Bagaimana perasaan? hahaha..puas nak berceritakan kepada dia.

Tetapi sekarang ni,sejak dia memasuki usia 6 tahun.Dia seperti memahami.Terima diri seadanya. Iya lah, dah Ina ni berambut kerinting kan? Mesti lah ikut ina punya bersifat dominan.

Sekarang sejak sara berumur 6 tahun,rambut kerinting nya sudah berkurangan.Jadinya,sudah berubah bentuk pula.Kini rambut jenis ikal mayang pula.Cantik jer ina tengok.Tehehehehe..Opps! terpuji pula.

Kisah ini bukanlah apa.Cuma ingin menyedarkan segelintir masyarakat di luar sana yang sering mempersoalkan ciptaan allah.Apapun,muhasabah lah diri kita.Tak kira tua atau muda.. 


1 comment:

  1. rambut kerinting comel apa. geram tgk pic tu. comel sesangat!

    ReplyDelete