Saturday, May 19, 2018

2 Ramadan - Rezeki Disaat Berbuka Puasa

jus tembikai


Alhamdulillah, sudah selesai 3 Ramadan seluruh umat islam berpuasa hari ini.Motif Air tembikai? Ehehehe...,saja nak tayang jus tembikai tu.

Sebenarnya,tembikai ni jiran sebelah yang berikan setengah jam sebelum berbuka pada hari ke -2 berpuasa.Moga murah rezeki mereka sekeluarga hendaknya.Syukur sangat,waktu tu.Suami baru bersiap nak keluar ke Param (Pasar Ramadan).Tapi terus cancel keluar.Ehehee... 



Mesin Jus


Dari tahun lepas,memang Ina dan suami ni kaki jus.Tehehe..Boleh dikatakan seminggu 4 atau 5 kali dalam seminggu beli jus buah di Param pada tahun lepas.Jika tak silap,harga sebungkus RM 6 jus.Ermm..cuba congak kat situ.Dah berapa kan pelaburan untuk minuman sahaja.Itu belum juadah kuih lagi tuu..huuuu.



Allah perkenankan DOA


Agaknya allah mendengar suara hati Ina pada ketika itu.Waktu itu,jiran sebelah rumah yang memberi satu jug Jus Buah Naga.Perghhh! Terasa betul kesegaran buah tersebut.Yummy yummy..

Pada ketika itu,terus Ina berdoa didalam hati."Ya Allah,bestnya alangkah aku mempunyai mesin Jus buah begini.Akan aku hasilkan demi anak-anak dan suami tercinta untuk berbuka puasa kelak".


Tahun 2018,sekitar bulan Februari (Maklumlah,seorang sahaja yang berkerja.Jadinya Februari baru dapat memiliki mesin Jus buah).Waktu itu,Ina baru sahaja pulang dari urusan di Kuala Lumpur.Petang itu juga,suami singgah ke kedai barangan elektrik dan membeli Mesin jus Buah dari Jenama Panasonic.Alhamdulillah.. 



Blender Vs Mesin Jus Buah



Selepas memiliki mesin Jus tersebut,malam itu juga Ina borong Lobak Merah.Hahahaha..Nampak tak di situ.Keterujaan seorang mak-mak.Dan selepas tiba di rumah,terus hasilkan Jus Carrot.Yummy..

Rasanya,memang segar.Dah tak payah lagi blend bersama air.Sebelum ni,memang suami sukakan Minum jus buah.Setiap malam buat jus untuk suami.Mungkin juga,suami kesiankan Isteri asyik kena tapis (pisahkan) sahaja pati buahan tersebut.Huhuhuhu..sedih tau..nak menangis rasanya.Part nak kena tapis untuk dapatkan jus buah tu lah.





Carrot juice


Nampak tak kesegaran di situ?? Carrot Juice.Tanpa campuran air mahupun gula.Pergh!! sedap tau.Sehingga ada rakan facebook Ina bertanya bagaimana hasilkan Carrot juice.Memang tak sama lah di kedai atau di restoran.Sebab Carrot Juice ni,memang Ina tak letak sedikit pun gula mahupun susu.Haaaa. Kan? Baru lah sihat.



Bertukar dari minuman manis kepada Jus Buah-buahan


Semenjak mempunyai mesin Jus ni..,anak-anak pun turut gemarkannya.Sudah jarang sekali mintak Air Teh.Begitu juga Ina.Jika tekak terasa nak minum air manis.Ina bergegas masuk dapur untuk hasilkan jus.Sekarang ni,stok Carrot dan epal hijau memang tak putus stok lahh! 


Ina pernah review mengenai Mesin Jus buah PANASONIC ini di SINI 

2 comments:

  1. Haaa bagus! Ini namanya boost drink...juju dah amal sejak akhir2 ni tau...nanti ada masa nak buat resepi jus boost drink kt blog nanti.

    ReplyDelete
  2. bagus lah.. tp mls nk basuh mesin tu. hahahaha

    ReplyDelete