Tuesday, May 8, 2018

Biskut Raya - Snow Almond




                   Antara pilihan Biskut Raya yang menjadi kesukaan ramai.Kaya dengan rasa badam dan di saluti coklat.Juga merupakan Top sale dari dapur Ina pada tahun lepas.Biskut Snow Almond.


Bahan-Bahan Biskut Snow Almond:


Bahan A

250gm Buttercup
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam
1 Biji Telur (ambil kuning telur sahaja)


Bahan B

300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung


Bahan hiasan :

1 Kg Coklat Bar 
500gm Breadcrumb


Cara buat Biskut Snow Almond:


1. Keluarkan buttercup dari peti ais, cairkan terlebih dahulu.
2. Masukkan gula kaster ke dalam buttercup yang telah cair itu,gaulkan sebati.( Gaul gunakan senduk sahaja..tak perlu pukul butter sampai kembang yer)
3. Masukkan kuning telur,essen vanila ,serbuk badam,badam hancur ke dalam bahan no 2 tadi.
4.Masukkan kesemua tepung kastard, tepung jagung dan susu tepung.
5. Masukkan sedikit demi sedikit Tepung Red Rose ke dalam nombor 4 tadi.Gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
6. Rehatkan doh selama 30minit.
7. Bulat-bulatkan dan tekan dengan garfu.Saiz memang betul-betul ngam.Cantik pun iya..Jangan terlalu besar.
8. Bakar biskut pada suhu 180 darjah sehingga warna kekuningan
9. Setelah siap bakar kesemua,biskut-biskut sudah sejuk.
10. Celupkan (gunakan penyepit untuk memegang biskut yang ingin di celup) biskut tadi dan terus celup di dalam breadcrumb tersebut.Siapkan kesemua biskut tadi.
11. Biarkan biskut tadi di luar.Sejuk dengan kaedah udara sahaja.Tak perlu masukkan di dalam peti ais.


Kaedah mencairkan Coklat mempunyai 2 cara iaitu kaedah Double Boiler dan juga cairkan coklat di dalam oven.

Cara Double Boiler :


1. Letakkan air didalam periuk.
2. Di dalam periuk tersebut,masukkan satu lagi periuk yang bersaiz sedikit kecil dari periuk tadi.
3.Masukkan coklat yang ingin di cairkan tersebut.


Cara Cairkan dengan Oven :

1. Panaskan oven dan masukkan coklat ke dalam oven.Tetapi kena berhati-hati.Jika dibiarkan lama,coklat akan hangus.

cara ini,tidak digalakkan untuk kaedah cair coklat.


Ps: Pastikan coklat jangan biarkan dimasuki air.Ini boleh menyebabkan Coklat taknak melekat bagi proses salut coklat nanti.


Baiklah,sampai di sini sahaja,resipi Biskut Raya dari Ina.Semoga berjaya hendaknya korang yer.. Bagi yang ingin berniaga.Gunakan bahan yang premium untuk hasil yang terbaik! Tahun lepas,Ina pernah jual Snow Almond pada harag RM 28/50pcs.Tapi tahun lepas lahh,tahun ini.Kebanyakan barangan bakery dah naik,,huhuhuhu.

 Biskut ini agak renyah buatnya,tetapi sekali makan jer dah habis. Memang betul sedap! Letak di kedai,5 balang sekali orang order tau dengan resipi ina ni..

2 comments: