Tuesday, May 22, 2018

Cara Mudah Buat Agar-agar Sirap

Selalu buat agar-agar,mesti failed.Kadang kala,agar-agar terlalu keras lah.Terlalu cair sangat.dan Terlebih manis pula agar-agar.Jadi macam mana nak ikut resipi yang betul yer? 

Jikalau kita perhatikan,mak mak kita dahulu,tak payah pun tengok resipi.Semuanya main agak-agak sukatan.Emmm..Okaylah,kat sini.Ina nak berikan resipi mudah untuk menghasilkan Agar-agar sirap.Pasti anak-anak suka kan.

Agar-agar Sirap 


agar-agar sirap




Bahan-Bahan Agar-agar Sirap



20gm Agar bertali 
2 (Senduk nasi) Gula Pasir
4 Ketul Gula Batu ( bersaiz duit 10 sen)
1 Helai Daun pandan 
4 Cawan air 
1 Sudu Besar Pewarna Sirap


Cara-cara memasak Agar-agar Sirap



1. Masukkan agara-agar dan daun pandan yang telah diikat kedalam periuk.
2. Masukkan Air tadi.Biarkan agar-agar tadi cair.
3.Setelah agar-agar tadi telah cair.Masukkan gula batu,gula pasir dan kacau.
4.Masukkan pewarna sirap.Dan kacau rata.
5. Setelah kesemua bahan rata.Tutup api dapur.
6.Tuangkan adunan agar-agar tadi ke dalam loyang bekas yang kering.
7. Sejukkan terlebih dahulu agar-agar tersebut.
8. Barulah di masukkan ke dalam peti sejuk bagi proses agar-agar cepat membeku.Letak di ruangan rak biasa..bukan (tempat ais batu).

INFO Gula Batu! 


Mungkin ramai yang tak tau fungsi gula batu dalam masakan. Gula batu dalam masakan bertujuan untuk mengelakan sesuatu masakan itu dari berair, mengentalkan makanan dan juga mengilatkan. Penggunaannya hanya sedikit dan bukan sebagai pengganti gula pasir.

Misalnya, 3-4 ketul gula batu selalunya diletak semasa membuat 1 peket agar-agar untuk mengelakkan agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar.

Lama sangat dah tak Hasilkan Agar-agar

Sebenarnya,ini hari kedua buat agar-agar sirap.Kelmarin buat.Belum sempat siap,belum sempat simpan di dalam peti.Yang kecil bongsu Ina tu,dia terlingkupkan 1 loyang.Huhuhuhu..Menangis tak berlagu.Emm,dah lah anak tekak ni terasa nak makan benda manis-manis gini.Boleh pula,Furqan terlingkupkan agar-agar mama.


No comments:

Post a Comment