Monday, May 14, 2018

Hidupkan Amalan Sunnah Dengan Bersugi




Sesekali ajar anak-anak gunakan kayu sugi untuk memberus gigi.Eheheeh..Reaksi anak-anak?

Sara :apa tuh? Kayu apa tu ?Kenapa guna kayu ni mama? 

Soffea: Ucuk jer ni mama. (Busuk)

Furqan (1 tahun 7bulan) : Eeeeeiii...,eiyerkk. Ijik jik. (Jijik)


Reaksi ke tiga-tiga orang anak Ina ni.Masing-masing keluarkan pendapat mereka.Iyalah,dah besar.Baru mama kenalkan korang dengan kayu sugi.Macam ni lah jadinya.Hahaha.Tetapi kan,memang lucu pula bila tengok keletah anak-anak dengan pelbagai reaksi ni.


Ajar anak-anak gunakan Kayu Sugi


Hari ini sudah memasuki minggu ke-2 menggunakan Kayu Sugi.Alhamdulillah.Ina pula yang teruja sebenarnya.Sebab nak anak-anak belajar bersugi.Nak hidupkan amalan sunnah Nabi juga.

Pernah anak yang sulung bertanya kepada Ina.

Sara'mama,kenapa nak guna kayu ni untuk gosok gigi? Bukan kita dah ada berus gigi ke?

Mama : Lagi bersih mulut bila bersugi.

Sara: Tersenyum.


Semasa awal Ina memperkenalkan Kayu Sugi ini,agak sukar juga.Iya,fahamlah kan.Sebab kita dari zaman kanak-kanak lagi sudah menggunakan berus gigi dan ubat gigi.Tiba-tiba pula bertukar secara mengejut kepada Kayu Sugi.Ehehehe.. Berus gigi masih ada di gunakan juga sesekali iaitu pada waktu pagi berus gigi gunakan bersama ubat gigi dan pada waktu malam bersugi pula.Haaaa...gitulah. Harap lepasni anak-anak konsisten dengan Kayu Sugi ini.


Cara Bersugi


Hari pertama Ina belikan Kayu Sugi ni.Sara dah bertanya.'mama,kayu ni macam mana nak guna gosok gigi? Excited dah Sara ni yer.

Bersugi termasuk dari bersuci.Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan menggosok bahagian kanan gigi, setelah itu bahagian yang kiri. Seterusnya dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa yang lebih afdal adalah dengan tangan kanan. Kerana bersiwak adalah sunnah Nabi SAW, dan sunnah adalah ketaatan kepada Allah SWT, dan ketaatan kepada Allah U tidak layak dilaksanakan dengan yang kiri.


Hal ini sesuai dengan hadis ‘Aisyah:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِيْ تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ وَفِيْ شَاْنِهِ كُلِّهِ

“Adalah menyenangkan Rasulullah untuk memulakan dengan yang kanan ketika memakai sendal, menyikat rambut, ketika bersuci, dan dalam semua keadaan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelebihan Bersugi 


  1. Mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
  2. Membersihkan dan mengharumkan bau mulut.
  3. Menggandakan pahala amal ibadat.
  4. Menggembirakan malaikat.
  5. Mensucikan hati.
  6. Menguatkan hafalan.
  7. Meningkatkan kecerdikan.
  8. Dapat mencerahkan mata.
  9. Melambatkan tumbuh uban.
  10. Mencegah gigi berlubang
  11. Menolong menguatkan gusi.
  12. Memutihkan dan menguatkan gigi.
  13. Memperlancarkan saluran pernafasan.
  14. Membantu melancarkan sistem pencernaan.
  15. Membetulkan atau meluruskan tulang belakang.
  16. Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan.
  17. Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal.

Kayu Sugi menjana Elektron ke gigi-gigi lain






sumber : www.kesihatan.com

bersugi menggunakan kayu sugi byk kebaikannyasbb geseran kayu sugi dgn gigi menghasilkanelektron2 yang menyebabkan gigi menjadi bersih. sbb itulah.. walaupun gosokan itu tdak sampai keseluruhan bahagian gigi, ion ini bertindak antara satu sama lain dan membawa gelombangnye keseluruh gigi.

gigi akan lebih kuat dan sihat + lebih bersih.
“Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.

Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman.

 Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun korang menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.


Plak tertanggal dengan bersugi


Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan. “

1 comment: