Thursday, May 24, 2018

Ikan Percik

Menu berbuka kelmarin ialah ikan percik dan juga Rendang Ayam tanpa santan.Pagi ini,baru lah berkesempatan untuk mengupdate Resipi masakan pula.Bagi korang yang ingin mencuba Resipi Ikan Percik ini,di persilakan.Cara penyediaan nya amat lah mudah.Masa penyediaan tak sampai satu jam pun. 



Ikan Percik 



Ikan Percik



Ikan Percik

Bahan-Bahan Ikan Percik


4 Ekor Ikan kembung
8 Ulas Bawang Merah ( ditumbuk halus )
2 Ulas Bawang Putih ( ditumbuk halus )
2 Inci Halia ( ditumbuk halus )
3 Sudu Besar Makan Cili Boh
2 Batang Serai ( diketuk)
8 Tangkai Cili Kering (ditumbuk halus)
2 Sudu makan  Rempah Kari Baba's
1 Sudu Besar makan Serbuk Kunyit @ 2 Inci Kunyit hidup 
1 Cawan Santan Segar
2 Keping Asam Gelugur.
Air 
Sedikit Garam
Sedikit Gula


Cara-Cara membuat Ikan Percik

 Ikan 

1. Ikan di belah perut serta di kelar terlebih dahulu.(memudahkan kuah percik menyerap nanti)
2. Lumurkan Ikan tersebut dengan garam dan kunyit
3.Bakar Ikan terlebih dahulu (sama ada bakar guna dapur arang atau menggunakan oven)

Kuah Percik

 1. Masukkan bawang merah,bawang putih dan halia.Tumiskan sehingga ia garing.
2. Masukkan serai,Cili Boh dan lada kering.Tumiskan sehingga naik bau serta pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari,asan gelugor dan gaul lagi.
4.  Apabila kesemua bahan-bahan sebati,jangan lupa masukkan sedikit air.
5. Akhir sekali masukkan santan segar dan sentiasa kacau kuah.Agar kuah percik tidak berketul-ketul.
6. Perasakan dengan sedikit garam.
7. Ikan bakar boleh dimasukkan terus ke dalam kuah percik tersebut atau pun di siram diatas Ikan bakar tersebut.

Selamat Mencuba!!!

Best betul,semasa kuah percik ni naik bau.. Memang menggiurkan betul.Berselera lah untuk berbuka ni.Makan nasi,mesti bertambah.Suami Ina yang tak suka Ikan Percik pun,boleh jadi licin lauk ni.Hairan betul.. haishh.Next time,memang kena buat lebih lagi ni.. 



1 comment:

  1. Sedapnya. Simpan dulu resepi ni, nanti2 bila free nak cuba. Thank you.

    ReplyDelete