Sunday, May 27, 2018

Jom Terbang Bersama Malindo Air

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.Yeehuuu! Jom Naik Malindo Air.

Musim cuti sudah tiba....mahu ke mana ea? Mesti benda ni yang korang duk fikir-fikir kan?. Lagi pulak kalau dapat cuti panjang sikit, mesti nak panjang langkah jugak kan? Tehehehe..nak naik flight la..nak pergi tempat jauh sikit la..boleh la expand the horizons kata orang..


Okay, bercakap pasal flight, Ina nak share sedikit maklumat pasal Malindo Air. Selalu kita dengar airlines macam Malaysia Airlines (MAS) atau AirAsia je kan? Tapi kita pun ada Malindo Air jugak yang beroperasi di Malaysia.

Apa sebenarnya Malindo Air ni?




Malindo Air


Malindo Air ni sebenarnya adalah airline tambang murah yang merupakan hasil kerjasama dua negara jiran dan serumpun, Malaysia dan Indonesia. Penubuhan Malindo ni orang kata merupakan antara lipatan sejarah penting dalam industri penerbangan negara dan jugak mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara. 


Kalau korang sedar, nama ‘Malindo’ tu sendiri adalah dipendekkan daripada nama Malaysia dan Indonesia. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, gabungan akronim ni memang pentinglah, sebab branding yang dicipta akan highlight pertalian sejarah yang dah lama terjalin antara kedua-dua negara. Dengan operasi sepenuhnya di Malaysia, Malindo Air adalah anak syarikat kepada PT Lion Mentari Airlines yang berpangkalan di Jakarta dan diorang ni dah start beroperasi sejak tahun 2013 lagi. 



Tawaran dari Malindo Air







Kiranya dia macam pendatang barulah jika dibandingkan dengan AirAsia kan. Selain tu, Malindo Air ni memang banyak offer penerbangan untuk kelas ekonomi dan bisnes, dengan kapasiti 12 kelas bisnes dan 168 untuk ekonomi atau tambang murah.


Walaupun baru join the local airlines scene in 2013, Malindo ni kira bagus jugaklah, dia takdelah kalah dengan AirAsia. Contohnya untuk jet routes dia, dia offer personal TV dan in-flight entertainment system dekat semua seat berdasarkan Panasonic eXLite dengan saiz 9 inci untuk kelas ekonomi dan 11 inci untuk kelas bisnes (kedua-duanya boleh touch screen dan gesture siap kot!), snek serta makanan percuma untuk kelas bisnes, jarak antara tempat duduk sebanyak 32 inci dan 45 inci masing-masing untuk kelas ekonomi dan kelas bisnes, serta peruntukan saiz bagasi percuma seberat 25 dan 40 kilogram. 



Pada tahun 2015 pulak, Malindo menerajui syarikat penerbangan Malaysia yang lain dan menjadi yang pertama seumpamanya yang menawarkan sambungan internet WiFi sewaktu dalam penerbangan. Jadi sebenarnya banyak juga yang boleh ditawarkan Malindo Air untuk penerbangan yang sangat selesa! 

Pakej penerbangan yang berbaloi 


Sememangnya betul-betul value for money la kan, sebab harga macam tambang murah tapi pakej dia ada kelas sikit, macam naik flight premium gitu. Sewajarnya diorang letak tagline ‘Smarter Way To Travel’ sebagai motto brand diorang, sebab pada harga macam ni boleh dapat banyak betul benda!


Lapangan terbang kat Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu di Malaysia ni Malindo Air biasanya guna sebagai hab penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia. Then diorang ada jugak guna lapangan terbang di Bali untuk penerbangan ke Australia. Kira siapa yang nak ke Australia dengan Malindo Air, akan transit di Bali sekejaplah.



 Antara negara-negara yang dimasukkan dalam senarai destinasi Malindo Air ni macam Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Singapore, Taiwan dan jugak Thailand. Pada awalnya diorang start dengan 12 buah pesawat je, kesemuanya jenis Boeing 737-900ER yang boleh muat 180 orang dalam satu flight. Dari situ diorang plan nak besarkan jumlah pesawat ke 100 buah setiap tahun. Diorang dah plan nak bergiat dalam scene flight industry kat Malaysia ni for a long time, jadi korang jangan risau, diorang ni memang ada kredibiliti dan reputasi.

Update terkini melalui Website Malindo Air dan App Store


Jadi...apa tunggu lagi. Mesti dah rasa berkobar-kobar nak naik flight dengan Malindo Air kan? Korang boleh terus ke website diorang, takpun download je app Traveloka dekat Android Playstore bagi pengguna Android atau Apple App Store bagi pengguna iPhone. 


Dekat situ akan sentiasa update semua jenis Malindo Air promotion dari semasa ke semasa. Jadi korang confirm takkan miss perkembangan terkini dan offer best-best yang Malindo Air akan bagi untuk tarik minat korang nak fly!


1 comment: