Tuesday, May 29, 2018

Ku Sangka Kurap,Rupanya Ekzema

Bulan lepas,Sara mengadu katanya  gatal-gatal pada sekitar pinggang nya.Iyalah kan..,dia berkulit Sensitif jika memakai kain sekolah yang bergetah atau seluar yang mempunyai getah yang ketat.






Di kesan mempunyai alergik pada usia 7bulan

Sebenarnya,Sara ni sejak dari usia 7 bulan lagi.Dia mempunyai kulit sensitif.Mula di kesan  mempunyai kulit sensitif sekitar dia berusia 7bulan.Masa tu dia baby.Ina suapkan telur separa masak dalam 2 sudu.Keesokan harinya,di leher nya,terjadi macam bisul. Biji tu berair serta bernanah.Dah sapu ubat pun,still membesar jugak dengan gatal nya di bahagian itu.(Sebab nampak sara menggaru..kesian pula masa tu). 

Pergi ke klinik,doktor hanya bekalkan ubat sapu sahaja.Dan masalah tersebut selesai.Kata doktor,alergik telur.Tetapi suntikan semasa baby,nasiblah tiada alahan apa-apa ubat.


Di ejek akibat mempunyai Bisul


Semasa ni berlaku lagi,kes sama berulang.Di belakang leher juga.Sedih mama tengok awak macam ni tau.Mama bawa awak pergi makan kenduri,mama terdengar ada mulut yang berbunyi "Eeeeii,tengok tu.Gelinya ada kudis lahh".. sambil pengantin itu menunjuk ke arah anak mama.Masih terngiang ayat sindiran itu di benak fikiran ina.Bila diingatkan kembali,memanglah sakit hati.Tapi semua itu biarlah,lagipun yang bercakap tu sudah jadi arwah. 

Ina kan,jenis Ina.Jika nampak yang pelik-pelik.Takkan Ina menegur sebegitu.Pandang sekali sudahlah.


Jaga pemakanan,elak makanan yang alahan


Bermula dari sini juga,ina sentiasa jaga pemakanan Sara ni.Banyak juga yang dia tak boleh makan.Seafood terutamanya,jika dia nak makan pun..,kena betul-betul segar.Tak boleh yang tak segar.Jika tidak,macam ni lah jadinya.Akan timbul gatal-gatal dan paling teruk macam ni lah.Bisul jadinya.


Di kesan sebagai penyakit Ekzema


6 tahun,baru Sara di kesan mempunyai Ekzema iaitu penyakit kulit yang mana ia boleh membuatkan kulit nya melepuh.Bermula dengan kegatalan,dan akhirnya semakin banyak ia merebak ke kawasan kulit yang lain.

Seperti dulu,gatal-gatal kulit ni akan bermula di kawasan sekitar pinggang sahaja.Semakin lama,ia merebak ke bahagian lain pula.Simptomnya,gatal-gatal jer.Asyik menggaru sahaja Sara ni.Garu tanpa henti.



Semakin teruk merebak


Terdetik dalam hati ina:

"ehh..anak aku ni ada penyakit Kurap ke?" sebab asyik menggaru dan semakin merebak.Semakin melarat pula tu.


Tapi kan,yang pelik. Benda ni dia menyerang pada bahagian badan depan sahaja.Dah macam peta dunia.Bertompok sana sini.Reaksi Ina masa ni, terus bertindak membeli ubat kurap Cap Kaki Tiga.Yang bewarna merah tu.Apabila disapu ubat tu di bahagian yang mempunyai masalah gatal-gatal tu.Sara menjerit kesakitan..

 Mama! sakit.. sambil meraung kesakitan.

Akibat salah sapu ubat,kulit sara seperti melecur kulit.Kesian pula.Maafkan mama yer sayang.. 



Berjumpa doktor Kulit


Akhirnya,Ina membawa anak berjumpa doktor kulit di Kuantan.Apa kata doktor? Mestilah doktor marah.Katanya,kenapa beri anak racun ni?? tengok tu..habis kulit anak melecur. Errrkkk! Ina? Memang fikir itu kurap.Tak terfikir langsung Sara ni Ekzema.

Patutlah Ina pelik,jika betul itu Kurap.Kenapa adik-adik yang lain dan ina tak berjangkit kan? Sebab kebiasaanya penyakit kurap ni ia berjangkit.Boleh berjangkit pula satu rumah.


Alhamdulillah,sekarang.Ina jaga pemakanan Sara dan juga menukar sabun basuh pakaian dan rutin penjagaan harian dengan produk Chomel


Pesan Ina,jika anak korang yang mempunyai masalah kulit.Segera bertindak dengan berjumpa doktor Kulit.

2 comments:

  1. semoga cepat sembuh anak sis.. anak sulung saya pun ekzema since 1y.. memang kna jaga pmakanan.. tak boleh bpeluh..

    ReplyDelete
  2. Feni pun ada masalah ekzema. Sejak jaga makan ni memang jarang kena masalah kulti.

    ReplyDelete