Wednesday, May 23, 2018

Rendang Ayam Tanpa Santan

Sedar tak sedar, sepanjang berpuasa hari ke -7,Ina kerap juga masak rendang ayam.Ehehehe.Haritu masak Rendang Ayam tanpa daun Kunyit,sebabnya di kedai runcit tiada jual.Tetapi kali ini.Ina tak letakkan langsung santan di dalam Rendang Ayam ini.

Okay,bagi mereka yang takutkan kolesterol tu.Ina rasa korang patut mencuba resipi ini.Ia mudah dan cepat! Rasa tetap sama..,yang membezakan tiada santan.Paras Kolesterol korang pun selamat.


Rendang Ayam


Bahan-bahan Rendang Ayam Tanpa Santan 

8 Ulas bawang Merah ( di tumbuk halus)
2 Ulas Bawang Putih ( di tumbuk halus)
5 Tangkai Cili Kering ( di tumbuk halus)
2 Keping Ayam Bahagian dada (di potong dadu)
1 Pek Rempah Rendang Baba's
1 Helai Daun Kunyit   ( di hiris halus)
2inci Halia ( di ketuk)
2inci Lengkuas ( di ketuk )
1 keping asam keping      
2 Sudu Besar Makan Kerisik 
1 Sudu Teh garam
Air secukupnya



Cara-cara membuat Rendang Ayam Tanpa Santan :


1. Masukkan bawang merah,bawang putih dan tumis sehingga garing.
2. Setelah bahan 1 garing, masukkan pula cili kering.Tumiskan sehingga naik bau serta pecah minyak.
3. Masukkan rempah Rendang Baba's,Ina gunakan hanya separuh pek sahaja.Tapi terpulang kepada korang nak banyak mana.Tak salah juga,jika korang letak satu pek tu.Pek yang bersaiz kecil yer.
4. Masukkan ayam serta kerisik dan gaul sekata dengan bahan-bahan atas tadi.
5. Masukkan daun kunyit yang telah di hiris halus.Dan asam keping
6. Letakkan air secukupnya.Banyak takpe.Sebab kita nak bagi rendang ni kering nanti serta ayam kecut.
7. Biarkan rendang tersebut menggelegak lama sedikit.Tunggu sehingga rendang kering.
8. Jika Rendang sudah hampir kering.Tutup api dapur.


Alhamdulillah,selesai hasilkan Rendang Ayam tanpa santan ni.Mudah jer sebenarnya ni.Tak susah pun.Nampak jer macam susah kan? Dengar orang cakap,kena tunggu berjam jam lamanya untuk hasilkan rendang ni.Tetapi,tidak sebenarnya.Korang kena buat dahulu.Baru tahu macam mana kan? Kos pun tak mahal. Boleh lah,jika korang nak asah skill memasak rendang untuk raya tahun ni.Ehehehe..Standby beb! Bila selalu buat,insyallah..sedap. 



Cara buat KERISIK

Okay,bagi korang yang susah sangat jumpa kerisik tu.Apakata buat sendiri jer kerisik.Lagi senang tau..Buat banyak-banyak dan simpan stok. Kerisik nii,boleh disimpan sehingga setahun lamanya.


1 Biji kelapa (gunakan kelapa yang tua)


cara-cara hasilkan kerisik :


1. Hidupkan api dapur.Panaskan kuali.Dan masukkan Kelapa yang telah di parut itu ke dalam kuali. 

2. Semasa masukkan kelapa,pastikan kuali betul-betul panas dan jangan letak minyak masak,walaupun setitis minyak.Ini dinamakan Sangrai. Iaitu menggoreng tanpa minyak.

3. Sangrai kelapa sehingga warna kelapa kekuningan keemasan.Jangan sampai hangus! Jika hangus,Kerisik jadi pahit dan tidak sedap nanti.

4. Setelah kerisik siap goreng,tumbuk kelapa tersebut dengan lesung batu.Tumbuk kelapa sehingga ia berminyak dan bertukar warna coklat kehitaman. 

5. Apabila sudah siap jadi kerisik.Simpan kerisik di dalam bekas kering. Ia mampu bertahan selama setahun.


Baiklah,di harap entri resipi Rendang Ayam ini dapat memberi manfaat kepada korang yang membaca.Selamat mencuba!


6 comments: