Monday, May 21, 2018

Udang Masak Lemak Cili Padi Style Negeri Sembilan

Bulan puasa ni,sedap juga jika makan masakan yang pedas-pedas kan? Ubat untuk anak tekak lah katakan.Eheheeheh.. Tapi tak tahu lah korang punya citarasa kan? Tekak masing-masing.

Kali ni,Ina nak share resipi Udang Masak Cili Padi ala Negeri Sembilan.Haaaa.. walaupun Ina bukanlah berasal dari sana.Tetapi suami yang sukakan pedas.Ina jarang makan pedas.Orang kata tekak budak-budak lah boleh di kategorikan Ina ni..Ehehehe.Okay,Jom tengok Resipi Masak Lemak Udang Cili Padi.


Udang Masak Lemak Cili Padi Ala Negeri Sembilan

gambar : google



Masak Lemak Cili Padi Ala Negeri Sembilan


Bahan-bahan Masak Lemak Cili Padi ALa Negeri Sembilan

13 Ekor Udang Bersaiz (2 jari dewasa)
2 batang Serai
2cm Kunyit Hidup
6 Tangkai Cili Padi
Santan Segar (pek RM 2)
Secubit Garam
Air 400ml

Cara -cara memasak Masak Lemak Cili Padi Ala Negeri Sembilan



1.Panaskan periuk dan masukkan air kedalam periuk tersebut.Biarkan menggelegak sebentar.

2. Masukkan udang (di potong sedikit pada bahagian kepada)  kedalam periuk tersebut.Apabila udang telah kecut.

3. Masukkan Kunyit Hidup yang telah di tumbuk,Cili padi yang juga di tumbuk halus.

4. Ketuk Serai dan masukkan sekali.

5. Akhir sekali,jagan lupa masukkan santan dan perasakan dengan garam.

6. Biarkan ia menggelegak sambil kacau-kacau kuahnya untuk elakkan ia berbiji.

7. Sedia dihidangkan.

Hari ke-3 berpuasa Ina masak menu ini.Alhamdulillah,bertambah tambah suami makan.Maklumlah,orang yang sukakan pedas..memang menepati selera mereka.

Ina pun,berselera pula bila sesekali masak lauk berasaskan santan begini.Dan pedas.Tapi untuk anak-anak ina.Mereka memang tak usik.Pedas katanya.. 

Okaylah,kalau korang nak masak menu mudah.Bolehlah mencuba resipi Ina ni yerr.Sangat mudah.. paling cepat memasak ni. Resipi ni,memang tidak menggunakan sebarang bawang.Itu yang ina kata,Mudah.Tak perlu potong bawang pun.. ehehe.Tapi,Memang sedap.. 

No comments:

Post a Comment