Friday, June 15, 2018

1 Syawal 2018,Penuh Warna Warni

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Hai korang.. Baru sekarang ada masa untuk update blog.Haihhh.. tak keruan dibuatnya,setelah dua hari tidak menulis di blog.Rindu.. tetapi sedikit sibuk,mana nak raya lagi kan.Malam barulah free sedikit.Alhamdulillah.

Tidur Kepenatan


Anak-anak Ina,semuanya sudah tidur.Kepenatan siang tadi,beraya.Tak banyak pun rumah kami pergi beraya.Adalah dalam tiga rumah sahaja.Pastu.. balik rumah lahh.Hihihi.. Lagipun,raya tahun ini..jatuh pada hari jumaat.Yakni,hari yang paling pendek masa.Yup.. betul! Jarak wakyu pagi ke waktu zohor,memang cepat masa berlalu.Huuuhuhuhu..


Tidak Sedondon Kami Sekeluarga




Eh..,tahun ni kan.Kami sekeluarga memakai baju dengan tiada tema.Bebas gitewww.. Yup! Warna warni macam tu lahh. Mr Z (baju jakel)  dan Soffea (guna baju tahun lepas)warna dark coklat,Furqan dan Sara (beli baru) pula baju hijau.Ina jer warna merah..hihihi. Baju Ina,memang last minit beli tuu. Baju murah murah..,RM 80 sepasang. Anak-anak Ina belikan mereka baju blouse n tshirt banyak untuk raya.Baju kurung tak penting mana,sebab dorang jarang pakai.



Juadah Raya



Tahun ni,Juadah pagi Ina memang cincai sahaja.Menu pagi hanya Nasi Minyak + Dalca Daging. Hmmm.. ikutkan nak masak rendang dan tambah acar.Tetapi,masa tidak mengizinkan.Si Furqan ni.. faham faham ajelahh,ada anak kecil macam mana.Nak duduk lama kat dapur pun payah..erkk.

Selepas Mr Z habis menunaikan solat Sunat Raya di Masjid Beserah.Kami pergi beraya di rumah mak Ina.Makan di sana pula.Alhamdulillah..Nasi Bryani,acar anak mami,ayam masak pedas Serta rendang Tok.




Tetamu di rumah mak,tiba seawal 9.30 pagi lagi.Huhuhu..kesian pula mak.Mujurlah Ina sampai tepat pada masanya.Sempat lah tolong mak,kat dapur tu.. dan melayan tetamu yang datang.

Okay,mata Ina dah memgantuk sangat ni..Nak tidur dah.Mengantuk sangat niihh,jam baru menunjukkan 11 malam.Adeiii..Selamat malam. Nanti pula nak cerita pasal raya.Hihihi..

3 comments: