Wednesday, June 13, 2018

Biskut Cornflake Madu Berlemak

Resipi ini,khas untuk ibu ibu yang sibuk.Macam Ina sendiri,terdetik di hati nak buat Cornflakes ni.Di sebabkan anak yang bongsu tengah melasak.Maka tercipta lah,Cornflakes ini.Super mudah dan sedap..Itu yang penting.Anak-anak pun suka ni..


Biskut Raya Cornflake Lemak 





Bahan - bahan :

500gm Cornflakes
3/4 cawan Madu
3/4 Cawan Marjerin @ boleh gunakan Butter 250gm
1/4 Cawan  Dry Mix Fruit
Cup kertas


** Rendam Mix Fruit kedalam air suam sehingga kembang.. untuk menghilangkan rasa manis buah kering tersebut.


Cara-caranya :

1. Cairkan butter atau marjerin kedalam kuali yang telah dipanaskan.
2. Masukkan Dry mix fruit tadi kedalam butter.
3. Campurkan madu tadi sekali dan gaul bahan bahan supaya mesra.
4. Masukkan sekali kesemua Cornflake di dalam kuali,serta gaulkan.Biarkan sebati.
5. Apabila bahan tadi sudah mesra.Tutupkan api dapur.Keluarkan Cornflake dan tuangkan kedalam bekas.
6. Panaskan Oven sekitar 180'-200' mengikut tahap kepanasan oven masing-masing.
7. Sediakan Cup kertas di dalam tray.
8. Sudukan Cornflake (1 sudu) ke dalam cup kertas tadi.
9. Masukkan tray yang berisi cup kertas tadi ke dalam oven.
10. Bakar selama 20-30 minit. ( Gunakan api atas bawah dan ON kipas untuk cepatkan proses kering biskut)
11. Apabila Cornflake sudah bertukar warna keemasan.Boleh keluarkan tray tersebut.Sambung lagi seperti mula-mula tadi.Habiskan adunan cornflakes..


Okay,mudah tak buat biskut cornflake ni ye? dengan bau yang semerbak.Huuhh..menggegar iman.Nasiblah Ina buat selepas waktu berbuka tadi. Dengan 500gm cornflake,ina dapat 3bekas.Mungkin dalam 120cup.. 1 balang dah selamat hantar ke rumah Ibu Mertuaku.

2 comments:

  1. terbaek.. nanti ejulz nak tlg wife buat biskut ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..mesti cuba yer. Kalo ejulz nak wat sendiri pon bole ni.. sebab senang sangat

      Delete