Thursday, June 21, 2018

Cara Mengelak Dari Berlakunya Seperti Kes Ibu Sembelih Anak

Berikutan kes ibu menyembelih anak baru-baru ini yang berlaku di Felda Jengka 13.Sungguh menyayat hati.Tiada ibu yang normal akan melakukan perkara di luar jangkaan sebegitu.Pengorbanan seorang ibu sangat besar dari alam mengandung sehingga proses penjagaan seorang anak.







Al-Fatihah buat si kecil yang telah pergi meninggalkan dunia ini.Salam takziah kepada keluarga mangsa.


Baiklah,disini Ina terpanggil untuk menulis mengenai berita semasa begini.Yang mana ia melibatkan gangguan emosi sebenarnya.Huuuhhh.. 




Surirumah Perlu Bijak Mengawal Emosi

Bukan mudah bagi seorang ibu ingin mengawal emosi dengan keadaan sebegini.Kemungkinan sudah lama,si Isteri sudah memendam rasa.Penat,stress semuanya di atas bahu si isteri.Antara mampu dengan tidak sahaja untuk kita mengawal emosi.Ina sendiri pun faham..


Okay,kita ambil contoh.Selain masalah anak-anak,kemungkinan juga.Si isteri penat memikul bebanan,tanpa bantuan sang suami.Cubalah korang kat tempat ni.. macam mana? Penat menguruskan hal-hal rumah tangga seperti memasak,membasuh dan mengemas.Itu baru tugasan seorang ibu.Sang suami? Mungkin balik kerja sahaja,asyik 24 jam menonton Televisyen dan mengadap telefon bimbit.Huuuhhh.. Anak-anak mungkin dibiarkan begitu. Emosi isteri? Tak di jaga. Tak bertanya khabar langsung.Perkembangan anak-anak macam mana seharian.


Belum lagi tugasan isteri kepda sang suami.Mana lah,tak berlaku kemurungan kepada si Isteri tu kan? 


Sikap Bertolak Ansur Suami


Yang si suami,mungkin asyik mengarahkan si isteri 24 jam supaya melakukan itu ini.Dah macam si babu...(orang kata..ala,,orang gaji tuu).Sangat penat kalau macam ni. 

Apalah salah nya,suami tolong isteri.Ringankan bebanan isteri dengan membantu membasuh pakaian.Tak jatuh ego pun.. huuuhu.Ini bukan suami kena control isteri tau.Tetapi tanggungjawab bersama.. memasak atau menguruskan anak bersama.Barulah isteri tak stress,happy jer isteri tu nanti.Isteri penat,urutlah sikit si isteri tu yer.Barulah hilang penat lelah isteri seharian menguruskan rumah tangga.


Kalau dahulu,sewaktu bercinta.Sama-sama berjanji nak jaga anak bersama.Tetapi bila sudah beranak pinak macam ni, dah lupakan tanggungjawab.Anak isteri terabai.Di mana letak nya tanggungjawab seorang suami.Anak dan isteri itu kan amanah dari Allah.Jika tidak dijaga sebaiknya,nescaya bermasalah kehidupan si suami.


Jangan Memendam Rasa


Sebaiknya,seorang isteri haruslah meluahkan apa yang rasa kurangnya kepada suami.Jangan di pendamkan.Ini salah satu punca kemurungan berlaku.Bercerita kepada suami,hari korang macam mana bersama anak-anak.Dan si suami pula,seharusnya menjadi pendengar yang baik.Takkan lah isteri nak bercerita,korang tak de masa nak mendengar.Ye tak? Tetapi kalau dengan kawan-kawan,sanggup melepak di kedai mamak atau berbual lama di telefon.Okay..untuk Suami,sila lah jangan berat sebelah.Nanti sakit pening,isteri juga di cari. 




Dekatkan Diri kepada Allah


Untuk si isteri di luar sana ,di nasihatkan agar perbanyakkan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.Banyakkan berzikir,kena sabar dengan anak-anak yang kian membesar ni.Jangan terlalu bermain emosi.Jangan di layankan negatif di dalam diri.Cubalah banyak melakukan aktiviti sihat bersama anak-anak.Elakkan dari duduk keseorangan.Cari lah hobi korang itu supaya dapat mengisi waktu lapang yang ada.Jangan fikirkan masalah,tetapi selesaikan masalah.Tetapi jangan selesaikan masalah dengan membunuh.Lagi besar masalah nanti..


Bijak Menambah sumber kewangan 



Jika kaum isteri di luar sana menghadapi masalah kewangan.Sila bijak dan jadi celik Internet.Di luar sana,banyak sangat yang open slot untuk dropship.Jadi dropship,dengan menjual barangan orang lain.Atau pun,korang boleh lah ,mendaftar di e-Rezeki iaitu kerja di atas talian.E-Rezeki ialah salah satu platform untuk menjana pendapatan.Janji korang kena ada prepaid top-up lah untuk kerja-kerja online sebegitu.


Opsss! Si suami,kalau isteri dah pandai cari duit.Janganlah paksa si isteri pula yer cari duit.Ehehehe..manalah tau.Suami nak lepas tangan jer.Nafkah tak bagi kan? Lagi bertambah stress isteri itu.


 Baca artikel lain : Depress Boleh Bawa kepada Kematian 




Okaylah,Ina rasa ini sahaja yang dapat berkongsi dengan pembaca di luar sana mengenai isu ibu sembelih anak.Kemurungan berlaku adalah disebabkan faktor suami kurang memberi layanan baik kepada isteri dan juga masalah kewangan.



2 comments: