Tuesday, June 5, 2018

Daging Masak Hitam

Kali ini,Ina share resipi Daging Masak Hitam.Walaupun lambat masuk ke dapur.Alhamdulillah,daging cepat empuk.Daging masak hitam,sesuai di gandingkan bersama Nasi Minyak mahupun Nasi Beryani.Kali ini,hanya gunakan daging pindang sahaja.Sesuailah untuk yang nak masak cepat.


Daging Masak Hitam


Daging Masak Hitam


Bahan-bahan:

1/2 kilo Daging Pindang
10 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
5-8 Tangkai Cili Kering (ditumbuk)
4 Ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1/2 Sudu Besar Rempah Kari Babas
4 Sudu Besar Kicap Pekat
1 Sudu Besar Kicap Cair
1 Batang Kulit Kayu Manis
2 Biji Cengkih
2 biji Buah Pelaga
1 Batang Serai (diketuk)
1 Inci Halia
Minyak untuk menumis


Daging di potong terlebih dahulu serta di rebus empuk.Kemudian perapkan daging tersebut.


Bahan Perapan :


2 Sudu Besar Ketumbar serbuk
1 Sudu Besar Jintan Manis serbuk
1 Sudu Besar Jintan Putih serbuk 

Perap selama setengah jam agar rempah sebati pada daging.


Cara memasak Daging Masak Hitam



1. Masukkan minyak kedalam kuali yang telah di panaskan.
2. Cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga di tumis.
3. Seterusnya,masukkan bawang putih,bawang merah dan tumiskan.Biar sedikit garing.
3. Serai yang telah diketuk dan masukkan juga daging yang telah di perap itu bersama.
4. Gaulkan,biar sekata.
5. Masukkan rempah kari daging,cili kering  bersama.
6. Masukkan air sedikit.Biarkan ia menggelegak seketika.
7.Sedia dihidang.


Okay..Siap!! lauk yang mudah di masak dan  hasilnya memang boleh buat bertambah makan.Daging Masak Hitam pun sesuai di makan bersama nasi putih selain nasi minyak dan Nasi Briyani.


Jika korang nak daging ni nampak kehitaman,lebihkan lagi kicap pekat..


Selamat mencuba!!





4 comments:

  1. Favorite Haida ni... makan dgn nasi panas2 sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak ina, makan dengan nasi panas2. Fuh 😍

    Thank you for sharing the recipe

    ReplyDelete