Wednesday, June 27, 2018

Jamuan Hari Raya serta Sambutan Hari Lahir Di Sekolah Sara

Bergambar bersama Rakan sekelas Pra-Sekolah Pelindung




Hari ni,Jamuan Raya serta majlis sambutan hari lahir pelajar diadakan di Sekolah Sara.Anak-anak Pra-Sekolah di kehendaki memakai pakaian dan tudung raya.



Excited menghadiri Majlis Jamuan Raya 


Betapa seronoknya Sara pabila cikgu memesan awal-awal lagi supaya Hari Rabu hendaklah semua pelajar dikehendaki pakaian raya.Dari malam tadi asyik bertanya kepada mama ni.Esok nak pakai baju mana mama? Tudung mana? Heee.. Lastnya Ina menyuruh Sara membuat pilihan baju yang ingin di pakai pada keesokan harinya.Sara memilih baju raya tahun lepas dan kain skirt berbunga untuk dipadankan bersama baju kurungnya.




Shawl Mama Menjadi Pilihan



Adeeii,patutlah Sara ni asyik kata tak cantik semua tudung dia.Rupanya,ada keinginan untuk menggayakan shawl mama erkk.Shawl bewarna purple juga menjadi pilihan hati dia.Mama pun,bagi lah dia pinjam.Shawl yang mempunyai bidang 60,jika tidak silap.Agak labuh..,tetapi ina sudah lipat dua supaya shawl tersebut menjadi sedikit singkat,sesuai usia dia.Ehehehe..




Goodies Bag Hadiah dari Cikgu Pra Sekolah


Balik jer sekolah tadi,Sara gembira sebab cikgu Pra memberikan Goodies Bag untuk dibawa pulang.Dalam goodies bag tersebut ada semperit (bestlah pulak..) , maruku packaging ( besar), dan 2 kotak besar air Teh  chrysanthemum.



Berurut



Selepas mengambil Sara dari sekolah,terus ina bergegas ke rumah mak yang terletak di Batu Hitam.Mak sakit-sakit badan pula,hmm kesian pula mak.. Ina? Kebetulan datang tu,maka teruslah mengurut mak.Dah macam mak bidan dah yerk ekeke.Urut saja-saja,bolehlah.Kakak ina yang duduk di Johor pun minta juga ina urutkan,tetapi tak sempat pula.


Sakit di bahagian belakang badan,keluh mak.Iaitu di tengah tulang belakang.Alhamdulillah,mak kata lega sedikit selepas berurut dengan ina.Ringan sikit dari sebelumnya.Jika tidak,berat jer kata mak lagi.


Okaylah,nak lelap sekejap.Penat weii,mengurut orang ni tau.Cuaca pun mendung ni.Sedap ni kalau tidur,sementara nak tunggu suami balik kerja.Tidurlahh dulu,bantal sudah memanggil manggil ni.




2 comments:

  1. Wah. Ina pandai mengurut? Untunglah famili :-)
    Majlis hari raya tadika Izzat esok. Tgh fikir apa nak bwk ni, potluck.

    ReplyDelete
  2. biasa biskut raya je kalo jamuan raya.Dan kalo ada bajet,bagi la duit raya kat rakan sekelas anak..ehehe

    ReplyDelete