Monday, June 25, 2018

Kecil kecil..sudah ada yang berkenan ke?

2 hari yang lepas,jiran sebelah satu famili datang beraya ke rumah Ina ni.Hermm,Perasaan lain macam sikit.Macam nak menunggu orang datang pinang anak kita pula dahh.Ekekeke..,sampai ke situ pulak dah kan? Over nervous..


Untuk pengetahuan korang,jiran sebelah mempunyai 4 orang anak lelaki.Semuanya masih kecil,purata umur dalam lingkungan bawah 12 tahun lah.Ehehehe.. 



Hidangan kepada Tetamu Beraya



Tetamu datang pada malam,iaitu selepas magrib.Seawal 6 petang lagi ina sudah memasuki dapur bagi menyiapkan juadah.(nasib baiklah sempat solat maghrib) Heeh.. Mee Goreng mamak jer untuk dihidangkan kepada tetamu malam tu.Selain mee Goreng (Sempatlah masak 2 Versi iaitu pedas dan jenis tak pedas untuk anak-anak mereka).


Selain Mee Goreng , juadah sampingan lain ialah isi ayam yang dipotong kasar ( rasa seperti nugget) dan keropok keping.Dan 5 jenis biskut raya..Itu sahaja yang sempat Ina masak.Ehehehe.. nak buat yang lain.Agak renyah lah,dengan anak kecil.Asyik nak menganggu sahaja mama masak di dapur.



Keletah anak anak



Biasalah kanak-kanak.Awal jumpa,mereka semuanya diam.. Orang kata masing-masing belum panaskan enjin lagi.Selepas 20 minit,barulah mereka aktif.Anak-anak ina bermain dengan anak-anak lelaki mereka.DAh macam team bola sepak dah,cuma dua orang jer anak perempuan ina ni Haa.Tetapi dorang boleh lah layan dengan geng lelaki. 






Pabila selesai makan makan. Jiran sebelah meminta izin untuk pulang ke rumah.Dan Suami jiran ina ni,sempat lagi berseloroh.. 


"Ma,berkenan betul dengan Soffea ni,comel gebu" sambil picit pipi Soffea. 
(Dialog Jiran kepada isteri dia)


Masa malam tu, Soffea memakai tudung.Ehehehe.. 


Erm...dalam hati ina.Nak buat menantu kot? atau pun dia betul-betul teringin anak perempuan.Ehehehe..Wallahualam..



1 comment: