Friday, June 29, 2018

Sebab Kenapa Aku Serik Mengandung

Hmm...bila tertengok status rakan-rakan yang melintas di wall facebook.., orang duk timang baby.Terdetik pula di hati Ina nak juga.Ehehehe..Rasanya,itu semua fitrah wanita dan juga seorang ibu.







Haihh..bila di fikirkan,eh.Seronoknya.Dapat main baby..yang masih berbau harum lagi tu.Fresh dari perut baru keluar. Pastu pula bau muntah..sedap ape.. ehehehe. Masham masham.. hahaha. Kemaruk sangat kan nak ada baby ina ni.Walhal si bongsu baru nak memasuki 2 tahun.hikhikhik..


Jarak Antara Anak-anak



Yang pertama dengan nombor 2 jarak lebih kurang 3 tahun, Soffea dengan Furqan pula jarak setahun seorang.Ehehehe..Terbabas,dan boleh pula tersubur masa tu.Mungkin juga,masa tu ina tak makan dah segala jamu yang ina amalkan sejak bersalinkan anak pertama. 


Jamu yang Ina amalkan dahulu,jamu kampung.Saiz sebesar biji kacang tanah.Mujarab! Tapi sejak pelbagai kisah.Ina stop jerlah.Planning sendiri.Dan,agak rapat Soffea dan Furqan.Kesian pula melihatkan Soffea yang tak puas bermanja. Sampailah sekarang,dia berusia 3 tahun pun manja nya mengalahkan si bongsu.Macam dia yang bongsu.Tau tak? Hahaha. 



Kerap Bleeding Sepanjang Kehamilan



Kandungan kedua,selepas kandungan hampir-hampir keguguran.Banyak dugaan sangat.Sehinggakan suami pun menangis. Kisahnya,boleh baca di SINI.Sepanjang mengandungkan Soffea memang Ina sensitif dan kerap bleeding.Antara kandungan yang paling lemah sedikit berbanding dengan yang lain. 


Punca bleeding,adalah disebabkan Ina terlupa bahawa Ina ni sedang mengandungkan Soffea.Akibat mengidam,Ina membeli jeruk yang di jual di ruang legar Mall.Jeruk yang dibeli sebanyak RM 15.00.Aneka jeruk,ada pedas dan masam.Bahan ramuan yang digunakan membuatkan punca berlaku bleeding.



Matikan Hasrat 




Semalam semasa tengah edit blog lama iaitu www.azlinaqhaisara.blogspot.com . Sempatlah ina belek blog tersebut.Dan barulah teringat,bahawa ina ada satu pengalaman tak berapa seronok tentang kehamilan kedua dan ketiga.Hmmm..,terus terasa macam.Serik untuk mengandung.Bukannya apa,rahim tak kuat.


Kandungan kedua memang macam keguguran betul.Siap bleeding sehingga 1 bulan.Simptom keguguran,semuanya ada dah.Macam nak meroyan masa tu tau.Sedih dan suami pula macam tak boleh terima.Tapi,Allah tetap sayangkan kami.Allah izinkan jua Soffea lahir ke muka bumi allah ni.Sekarang dia sudah berusia 3 tahun.



Kandungan ketiga pun sama,Ina tak boleh langsung penat atau stress.Betul lah pesan orang tua-tua dahulu.Jangan beranak rapat-rapat.Jika tak macam ina lah ni.Masalah kasih sayang kurang dicurahkan kepada Soffea tu.Bila dia besar,barulah Soffea merasai kasih sayang.Dalam tempoh kehamilan Furqan,bleeding juga.Cuma tidak terlalu kerap.Mungkin juga,ina kerap terkejar-kejar dengan Soffea yang ingin membesar ketika itu.Memang penat lah.. tambahan lagi mengandung.



Bila diingatkan kembali kisah-kisah kehamilan dahulu.Terasa macam tak mahu dah mengandung lagi tau.Disebabkan kes bleeding ni.. 


4 comments:

  1. Ina slu zikir Allahumma Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin tuk rahim lemah... InsyaaAllah, Allah tolong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih ye kak Sheila. Ina akan amalkan selalu

      Delete
  2. Nia pun amik masa yg lama tuk plan ank kedua. Pengalaman dlm pantang sgt bg kesan. Sekarang menunggu rezeki ank kedua pula.

    ReplyDelete
  3. Betul3
    Mcm amni anak sorang pun kena belajar jaga emosi
    Kalau x asyik nk marah je
    Nasib baik husband pun memahami

    Eh nnti singgah blog amni taw hehe www.duniafarisya.com

    ReplyDelete