Sunday, June 3, 2018

Shopping Raya Untuk Anak-Anak






Semalam selepas tarawih.Kami sekeluarga bergegas keluar untuk membeli pakaian raya anak-anak.Huh..ikutkan masa,memang tak cukup ni ha.Amat pendek masanya.Iyalah,sudah malam kan.


Jalan Jammed menjelang Raya


Itu belum lagi masuk bab jalan jammed.Huhh..! lagi stress.Korang yang suka shopping last minit,diharap korang mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi.Ehehehe.Macam semalam,puas juga suami pusing-pusing cari parking.Jam 11.30malam,barulah ada parking yang kosong.


Pada mulanya sampai di bandar Kuantan.Suami memilih lokasi Taman Kerang untuk membeli belah.Tetapi di sana,lebih kepada menjual biskut raya sahaja.Baju raya ada,tetapi tidak mempunyai banyak pilihan.Kiranya,amat terhad lah.Kasut jer,yang ina belikan kepada anak yang sulung tu.Huhuhuu..


Memilih gerai kanopi untuk membeli belah



Akhirnya,kami memilih untuk membeli persiapan raya di depan Stadium sahaja.Banyak kanopi-kanopi (kedai) menjual pakaian raya,handbag,kasut raya,kerongsang,tudung, dan songkok serta kopiah bagi lelaki.


Terlalu banyak pilihan sebenarnya disini.Ina terus memasuki kedai pakaian kanak-kanak.Banyak juga pilihan pakaian untuk anak-anak ni.Boleh jadi gila sekejap,hahaha. Semuanya cantik-cantik.


Akibat rambang mata


Disebabkan baju cantik,Ina membeli pakaian Soffea sehingga 3 pasang.Untuk dia sahaja.Itu pun,rasa macam tak cukup lagi tu.Range harga sekitar RM 25..Ina membeli jumpsuit,Dress dan juga blouse lengan panjang untuk Soffea.Baju peringkat umur Soffea yang berusia 3 tahun,sangat banyak pilihan.Semuanya cantik-cantik.Tapi silap pula,Cash tak bawa banyak pun.Hukhukhuk..sedih kita nak membeli.


Penangan tak pernah mempunyai anak lelaki


Ina rasa,Ina jer kot mempunyai sindrom sebegini.,mungkin juga ini penangan orang yang tak pernah punyai anak lelaki kot.Macam Ina lah,memang menggila memilih baju si Furqan.Adeiii! rasa nak shopping lagi baju awak Furqan.Dalam duk kalut memilih,rupanya.Ehh,terlebih pula baju Furqan ni tau.Yang sulung,Sara dah mula bertanya. "Mama,baju raya Sara takde ker?" Erkkk.. Takpelah,kita beli lagi.Tunggu mama dapat payment dulu,baru kita sambung lagi shopping.Beg raya mama pun,tak sempat beli semalam.Ermmm...


Baju mama,tak beli dah pun takpe.Cukuplah baju kebaya yang mama beli bulan lepas tu.2 pasang RM 100.. Lepasni,mama nak belikan baju Sara pula dan kasut raya Soffea dan Furqan tu.Tahun ni juga,Furqan sudah pandai berjalan.Kiranya,nak lah belikan dia kasut mahal sedikit.Lagipun,ini satu-satunya anak lelaki kami.Yang bongsu pula tu.


Bab duit,ketepikan.Anak kan amanah dari Allah s.w.t.So,kita kena lah jaga sebaik mungkin.Ehehehe.. bukan nya selalu shopping sakan.






4 comments:

  1. alhamdulillah kami anak beranak dh siap baju raya. tak larat nk redah jem dan org ramai.belum kira nk cari parking.

    ReplyDelete
  2. kalau ray, tahun ni tak bershopping sangat. decided to have a very calm and quiet hari raya and rest.

    ReplyDelete
  3. Baju anak lelaki mmg comel, kalau pakai suit melayu sekali sampin songkok tu. Alahai comelnyaa

    ReplyDelete
  4. murah2 ek kak kat dpan stdium tu?ingt nk terjah minggu ni.hee
    kat sukpa,ada vscofest..leh akk usha2 situ lak bli bju anak2 n akak

    ReplyDelete