Monday, July 30, 2018

Cara Bagaimana Memiliki Perut Yang Kempis








Ya allah!!! Tension betul lah..,perut dah mula buncit ni.Ramai yang sangka aku pregnant 5 bulan.Haaaa!! Stress nya.. Boleh kemurungan tau tak.Malu lah nak berhadapan dengan orang ramai ni.Semua orang tegur aku ni pregnant.


Okayy..,pernah tak korang alami situasi ni skearang? Ermm..,nak tahu tak macam mana petua atau tips bagi mendapatkan perut ramping bak kerengga? Baca sehingga habis.. serta amalkan.

Makan makanan yang betul


Bagi memiliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.


Tinggalkan makanan ringan


Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. 

Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. 

Untuk korang yang mahu mengempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. 


Misalnya..bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika korang menjadikan pengambilan makanan ringan ini sebagai makanan wajib . Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.


Berhenti makan lewat malam



Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut.

 Bayangkan..,jika korang makan pada waktu malam kemudian tidur.Sudah pasti lemak tersebut akan kekal di bahagian perut bukan? Tak takut ker? Akhirnya perut semakin besar membuncit..

Kurangkan minuman bergula dan soda


Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Jangan bersulam air ketika makan


Seelok-eloknya, jauhi makan sambil sulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. 


Tips dari ina sendiri :
Ina akan ambil  nasi sahaja beserta lauk tanpa menyediakan air di tepi.Tiada langsung! gurau suami..nanti mati tercekik macam mana? Bagi ina,kalau kita makan tak gelojoh dan membaca bismillah.Insyallah,takkan terjadi.Percayalahh! 


Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita mudah buncit.

Lakukan senaman kardio


Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat korang. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.Selamat mencuba!


Senaman kardio lain : berenang,berbasikal,jogging,kickboxing

Salah satu contoh senaman kardio adalah dengan bermain skipping.seronok tauu! Dahulu zaman sekolah sahaja kita bermain tali skipping ni bersama kawan-kawan.So,korang jangan malu-malu.Buat tanpa perlu ada alasan.Kata nak kempis perut kan? Sekali dapat kekalkan kesihatan.Bonus!


4 comments:

  1. Good tips! Saya amalkan makan tanpa bersulam air. Memang menjadi.. Boleh cuba tips yang lain pula :)

    ReplyDelete
  2. salam kak ina..
    tq share. alhamdulillah buat masa ni ikut smua yg disarankan..hehe
    yang pasti mkn jgn berulam dgn air, lepas mkn jgn trus mdi. kardio mmg penting terutama workout bhgian stomach .. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. yup.ehehe. itu pon penting.sama2 amalkan

      Delete