Wednesday, July 18, 2018

Mc Flurry dan bersantai di Hujung Minggu




Begitulah kehidupan ina bersama anak-anak.Setiap hujung minggu mesti nak bawa anak-anak keluar bagi menghilangkan rasa bosan mereka ni.Bukan hanya anak-anak aje yang bosan..,Ina pun turut sama kebosanan bila di rumah.Ehehehe..


Lebih selamat lelaki di sisi


Walaupun ina sendiri boleh drive.Tetapi rasa kelainan sangat,bila suami tak di sisi kami.Huhuhuhu..,itulah.Rasa tak selamat sahaja kami anak beranak ni.Emm...,Ina tau.Memang seorang yang manja.Tetapi bila ada lelaki di sisi terasa lebih selamat lah.Nak jalan-jalan lama pun tak kisah.Ehehehe.

Lagipun,ina dan anak-anak memang kuat berjalan.Jika keluar ootd,mesti  akan pulang ke rumah dekat maghrib atau kadang kala tu..,balik selepas maghrib.. terus pergi dinner.Ehehehe.

Tetapi hujung minggu sahaja.Weekday..,memang berada di rumah sahaja.




Jalan-jalan di Mall




Kisahnya..,kebetulan ada produk baru di McDonalds baru-baru ini.Ina mengambil peluang untuk membawa anak-anak bagi merasai Aiskrim McFlurry Durian D24. Alhamdulillah..kemain suka sangat anak-anak ina ni ha..



Kali ini,kebetulan suami ada projek dia.Busy dengan kerja.Makanya,ina mengajak mak abah dan adik adik hangout bersama.Mall yang menjadi pilihan ialah Megamall,Kuantan. Antara salah satu sebab..malas ina nak pergi ke banyak tempat.Ehehehe..semuanya di bawah satu mall.Shopping dan tempat makan.. ehehe.Maklumlah,ina ni malas nak bergerak ke banyak tempat dengan anak-anak. 







Taraaa!! Sampai di Mall tersebut.Terus terjah ke kiosk McDonalds. Ohh! Sedap betul aiskrim McFlurry perasa Durian ni.Rasa yang enak dan tidak muak di makan.Makan 2 bekas pun tak cukup ni..ehehehe. Memang betul terasa durian. Sekali dengan serat durian tuu. Burrrpppp! 2 3 kali juga lah, Ina sendawa aiskrim ni tau.Bau durian pula tu..hihihi. Memang puashati sangat.D24 kot..,itu yang puas.. ehehe.Tak dapat nak makan D24 pun takpelah. Aiskrim McFlurry ni pun sudah memadai.

Terus hilang segala keinginan nak cari lagi durian..Ehehehe.Betapa power betul penangan McFlurry dari  McDonalds ni. 


Selepas makan-makan aiskrim..terjah pula ke shop yang mempunyai pelbagai barangan lain.Sempatlah grab scarf 2 orang dara ina tu iaitu Soffea dan Sara dan barangan lain. Habislah Rm 38 huhuhu. Dan makan tengahari lebih kurang RM 50 jerr.Ehehehe.. Walau apa pun,sangat seronok anak-anak dan mak ayah dan adik adik ina.










No comments:

Post a Comment