Friday, July 27, 2018

Sawan Tangis Punca Berhenti Kerja

Sawan Tangis Punca Berhenti Kerja


Orang tua-tua panggil,sawan tangis.Dan ada memanggilnya Colic baby.Ermmm...,entahlah mana satu.Tetapi ina sebagai ibu.Sangat runsing time tu tau.Ketika itu,anak sulung yang kena sawan tangis.Sara...


artikel lain: detik pertama kali menjadi ibu


Dugaan


Ya allah,masa itu.Allah memang nak uji ina.Iya,memang ina manja sangat.Semuanya harapkan suami dan keluarga.Agaknya..,memang ina tak boleh langsung berdiri di atas kaki sendiri.Huhhhhh~~Semasa tahun 2011..,langsung tak pandai memandu.Lagi lah bertambah stress ni..


Tahun 2013,selepas melahirkan Sara.Hidup ina semakin berubah 360 darjah.Huuuuhuuhu. Dengan anak kecil lagi yang mempunyai masalah kerap menangis.Stress weiii! Anak ina..,dengan suami pun dia tak mahu tau.Asyik nak berkepit dengan ina sahaja.Bayangkan macam mana.Di tambah lagi dengan masalah di tempat kerja.








Disangka gangguan



Dari kelahiran lagi,Sara disahkan sawan tangis.Start dari keluar dari perut ina.Puas pasang bacaan orang mengaji al-quran masih sama keadaan.Pernah satu malam,Di waktu tengah malam (ina masih pantang hari ke-39).. lebih kurang jam 1-2 pagi.Bertolak dari rumah ina (Indera Mahkota ke Beserah) .. kami laki bini terpaksa berpindah rumah untuk semalaman.Kononnya..,berfikiran rumah tersebut mungkin mempunyai gangguan.Iyalah...,manalah tahu kan? Eheheeh..


Apabila tibanya di rumah mertua.Ibu mertua ina..,siap dodoikan Sara ketika itu.Ya allah~ senyap pula sara masa tu.Tertidur sebab keletihan agaknya.Pampers..,perut semuanya sudah diperiksa..namun bukanlah masalah perut kembung.Menyusu? Masih normal dia menyusu seperti budak lain.



Terasa sangat malu..,bahawa ina langsung tiada ilmu dalam parenting.Asyik mengejar soal duniawi sahaja.

Rupanya..Sara ketika itu..,mahu dipegang sahaja.Tak mahu di letakkan di bawah..(tilamnya).Jadinya..,memang agak sukar lah nak buat kerja apa pun.


Cuti Sebulan 



Untuk pengetahuan semua,ina bekerja dengan syarikat melayu di sebuah bengkel kereta yang terletaknya di Indera Mahkota.Fuhhh! Dalam pantang pun..still call ina.Tanya hal-hal kerja..(sudahlah,sebelum bersalin lagi..ina stress bekerja .. punca bersalin awal pun adalah disebabkan stress di tempat kerja). Dari hal kerja ofice,stok sparepart kereta sehinggalah bahagian buka resit kepada pelanggan ina yang uruskan.



Pernah sekali kereta customer nak disiapkan pada hari itu juga.Sehingga tengah malam..jam 1 pagi (mungkin bos fikir..,rumah ina sejengkal dari bengkel kereta).Dengan kandungan ina yang mencecah hampir 7 bulan.Sarat kan? Terpaksa tunggu kereta customer siap..(tukar gearbox jika taksilap lahh).Bos?? Sesedap rasa,meyuruh ina tunggu.Dalam keterpaksaan,kena lah tunggu juga.Bagi mengutip duit customer.. Bos? Sedap jer duk di rumah,asyik bertanya sudah siap ke belum kereta customer tuu..



Selepas cuti bersalin habis.Sara masih lagi dengan sawan tangisnya.Ya allah,lagi stress masa ni tau.Suami pula..,jenis tak kisah.Katanya..,nanti dah beralih bulan.Berhenti lah menangisnya.Okay...




Taska



Sebelum memasuki kerja.Ina sudah servey tempat bagi penjagaan Sara sewaktu ina bekerja.Dimana? Ia adalah Sebuah taska yang juga berada sekitar Indera Mahkota.


Nak dijadikan cerita..hanya dua hari sahaja.Sara di tempatkan di Taska tersebut. Taska tersebut mempunyai 3-5 orang pekerja disitu.Kanak-kanak dari usia baby yang baru lahir sehinggalah 6 tahun.Ohhh,masa tu dah tak risau.Sebab tengok dari pandangan mata kasar,mungkin mereka boleh handle masalah anak ina.



Mula mengesyaki Baby Sitter



Hari pertama semasa menghantar anak ina.Alhamdulillah,okay.Baby sitter takde pun mengadu sebarang masalah menjaga sara.Legaa sangat! Syukur dah masa tu.Tetapi..,malam selepas maghrib.Ina dapati Sara ada termuntah susu..(normal lah kan..,muntah jer kot). Tetapi apa yang ina hairankan ketika itu.Warna muntah susu abnormal.Bukanlah muntah susu bewarna putih.Tetapi sedikit bewarna (dah jadi beige gelap).. Cuba tanya pendapat suami.. yang dapat jawapannya.. ala, muntah susu jer tu.

Tetapi kan,naluri seorang ibu.Lain sangat.. ada sesuatu ni.Keesokan harinya,setelah habis waktu bekerja bergegas pergi ambil anak ke taska.Sempat lah..,ina bertanyakan kepada baby sitter tersebut.Dan salah seorang memberitahu bahawa..,baby ina tadi telah diberikan nestum.Bayangkan dengan usia hampir 2bulan,sudah diberikan makan nestum.


Ya allah..,masa tu.Memang ina  menangis sangat! Menangis..sanggup betul buat begitu.Katanya lagi..,baby lapar. (Jadi..apa motifnya ina tinggalkan susu formula masa tu..?). Untuk pengetahuan korang,iya.Waktu kerja ina habis jam 6.30petang dan hari tersebut ina datang ambil waktu maghrib.Dan paling terkilan sangat dengan pusat taska tersebut adalah,sanggup membiarkan baby ina menangis sekuatnya.Tanpa memujuk..Huh! Dari luar taska lagi dengar tangisan Sara ketika itu azan maghrib berkumandang.Baby sitter yang ada? Entahlah..apa yang dibuatnya.


Hari tu juga.Ina last letak Sara di taska tersebut.Ina fikir,mungkin jika dibiarkan lama lagi di taska,tak mustahil akan ada episod baru di taska tersebut.




Berhenti Kerja



Suami meminta mak saudara nya,yang berada di Bukit Sekilau bagi menjaga Sara buat sementara waktu sebelum berjumpa pengasuh yang sesuai.Dan..,tak sangka pula.Beberapa hari letak Sara di bawah penjagaan ibu saudara suami,bacaan tekanan darah tinggi ibu saudara mendadak naik.Hihhhi~~ 


Keesokan harinya pula,cuba menghantar anak kepada mak sendiri.Walapun agak jauh,iaitu di beserah.Terpaksalah,walaupun setiap hari kami lambat ke tenpat kerja.Huhuhu..Tapi tak sangka pula mak boleh demam menjaga Sara yang mempunyai sawan tangis.


Dan..,akhirnya..Ina tekad untuk berhenti kerja.Ermm,pada awalnya suami memang tak izinkan langsung.Iyalah,kami pun duduk menyewa waktu itu.Dan sebelum berhenti kerja lagi,,ina sudah mempunyai bisnes online.Memang agak masyuk ketika itu (pada tahun 2013)Tetapi..,seperti yang ina katakan.Allah nak uji kehidupan ina.Dengan masalah anak pula.


Okaylah..,selepas hampir 6 tahun ina menjadi suri rumah sepenuh masa.Jiwa Ina sangat tenang.Tiada lagi masalah tersebut.Kewangan?alhamdulillah,sentiasa ada.Percayalah! Rezeki allah pasti ada bersama anak-anak dan suami.Inilah yang di perlukan selama ni oleh ina.Pun dapat dekatkan diri dengan allah s.w.t.Mampu solat di tengah malam dan sebagainya.. 


Selepas berhenti kerja..,barulah kehidupan ina lebih teratur.Dah boleh bawa kereta sendiri,masa takde terikat langsung.Dan,,alhamdulillah juga.Duit belajar lesen memandu pun hasil menggunakan duit bisnes sendiri pada tahun 2013..


ps: Jangan lah nak ajak ina berbisnes pula yer.Cukuplah..,setakat ini ina tolong bisnes suami dalam bidang security dan It.Serta serius dalam dunia blogging..alhamdulillah.


Kisah ina..,bukanlah  terlalu selesa menjadi suri rumah.Tetapi ia satu rezeki bagi ina.Kunci dia adalah sabar,sentiasa positifkan diri dan mengingati allah selalu.Duit mak ayah jangan lupa beri yea..






1 comment:

  1. Ya Allah..bole pula dibagi bayi 2bulan mkn nestum..
    xde ilmu langsung.cmne bole amik dorang bkerja..ish.nsib xde pe yg serius.klo serius buat bayi2 lain..na'uzubillah min zaliq.minta jauh la..sesuka hati dorang ni amik pekerja.kot ye pun pantau la juga..haih geram tetiberr....teringt kes baru2 ni..hmmm

    xpe kak ina.fulltime blogging je + tolong husbnd pun da ok kan..hati lagi tenang tgok ank mbesar dpan mata =)

    ReplyDelete