Wednesday, July 4, 2018

Semakin kurang sikap BERAYA..

Sepanjang bulan Syawal 2018,pelbagai isu beraya  di VIRALkan.Rasanya,tahun ini lah,raya yang paling teruk sekali.Hurmm,isu nya ialah Skrin Tv Led pecah gara-gara anak tetamu datang beraya.










Huhhh,bayangkan jika ini berlaku kepada korang? Apa reaksi? Tetapi pada sudut lain.Tuan rumah pun,salah sebenarnya.Jika Tv tu jenis Led,kenapa tidak gunakan braket Tv Sahaja? Hanya lekatkan braket pada dinding rumah dan TV tadi siap boleh letakkan dinding.Selamat kan? Mungkin juga tuan rumah tadi,sayangkan meja TV dia kot.. dari LED TV.Eheheeh.. Dan braket takkan tidak mampu membeli? Braket sahaja pun,berharga bawah RM 50.Sekarang yang sayang tu lah,,sudah pecah..



Pesan kepada anak-anak


Jika dari sisi pandangan tetamu pula,kita sebagai ibu bapa.Mestilah sudah berpesan siap-siap kepada anak sebelum keluar beraya lagi.Seperti Ina sendiri,memang ina siap pesan kepada anak-anak.Datang ke rumah orang,jaga tingkah laku atau perangai (walaupun anak-anak ina semuanya bawah usia 7 tahun..ehehe). Tetapi mereka semua faham apa yang cuba ina sampaikan.

Sebab..,jika mereka tidak mendengar kata.Akan mendapatlah cubitan dari mama.Ehehehe.. jadi,mereka pun takutlah nak buat perangai bila beraya.Yang bongsu itu sahaja, Furqan bawah 2 tahun,ina kawal lah.. sentiasa ina pegang dia. Nak berlama lama pun di rumah tetamu,tak boleh.Stress mama nanti..tapi depan tu juga ina bagi jer cubitan depan orang pun.




Ulasan mengenai Skrin LED TV



Jika diikutkan,memang tak patut tuan rumah minta bayarkan begitu.Bayangkan,jika tetamu tadi,tidak mampu.Mana nak cari nilai sebiji tv yang beharga RM 3999? On the spot kena bayar.. adeii. menangis tak berlagu lah...siap bergadai lagi tu.Dan pengajaran yang sangat berguna kepada mereka sebagai ibu bapa.





Jangan Merungut Jika Tiada Tetamu Berkunjung


Tak dinafikan,hal-hal macam ni semakin mengurangkan budaya kunjung mengunjung antara satu sama lain.Hal sebegini,sepatutnya,boleh di elakkan.Tetapi akibat kelancangan mulut masing-masing.Lepas ni,jika rumah korang tiada tetamu yang berkunjung jangan lah merungut yer.. Mungkin korang ada terlepas kata atau sebaliknya.Huhuhu.. 


Haihh...,pernah juga berlaku di depan mata ina sendiri.Ina pernah merasai ke dua dua situasi.Maksudnya,pernah merasai tetamu merosakkan barangan dan kisah si A mengadu pada Ina yang anak si B memecahkan barangan di rumahya.Huhuhu...,akibat mulut-mulut macam ni lah,yang pergi canang kata anak si Polan begini dan begitu kepada orang ramai.. Akhirnya,tiada siapa yang sudi datang berkunjung ke rumahnya.




Tetamu merosakkan barangan 



Haihh,nak menangis pun ada ni.Jika tidak silap ina.2 bulan sebelum berpuasa.Insiden ini berlaku di rumah ina sendiri. Katil patah.. Okay,korang jangan fikir bukan bukan ya...? 

Ceritanya...  ada tetamu datang berkunjung di rumah ina.Hamba allah ni meminjam bilik ina untuk berehat bersama anak-anak.Ina bagi lah,sebab untuk mereka sekeluarga dan anak-anak solat dan menukar pakaian. Si ayah nya kawan kepada suami.

Nak di pendekkan cerita,entah bagaimana...katil bilik tetamu patah.Asalnya papan katil sahaja yang lari (senget sikit).Tetapi ini,katil yang patah.. tak tahu lah macam mana mereka ni.Iya, itu adalah katil semasa awal perkahwinan kami beli dahulu.



Yang paling ralat sekali,Dia tak bagi tau langsung katil bilik tetamu tu dah patah.Di kerjakan oleh anak-anaknya.Ina tau pun,selepas mereka pulang.Checkup bilik untuk bersihkan apa yang patut..



Tetapi,situasi hampir sama lah dengan kes Skrin Tv LED pecah.. tidak pula ina minta ganti rugi macam tu.Tak tergamak,menganiayai orang sebegitu.. huhuhu. Biarlah hati sendiri yang sakit.Kecewa sangatlah.. mungkin bukan rezeki lagi katil tetamu itu berkhidmat.


Pengajaran juga buat ina,selepas ini.Dah tak boleh benarkan sesiapa masuk ke bilik sesuka hati. 


Dinasihatkan kepada tuan rumah yang mempunyai barangan berharga,ina mengesyorkan korang gunakan Pelekat Staedlar ni.. Bagus pun bagus. Korang google sendiri.Tadi dah jumpa,ni cari tak jumpa pula dah..







No comments:

Post a Comment