Wednesday, July 11, 2018

Throwback Sehari Sebelum Bersalin

Sesi throwback sebenarnya.. eheheh.Kisah malam sebelum bersalin.. tekak teringin betul malam tu, baby nak makan western.Rasa macam nak menitik nitik air liurnya.Nak di jadikan cerita.. Entah macam mana lah, kedai yang ina nak terjah itu.Takde dalam location pula...Hadoii! Tengok di Google Maps.. di bawanya ina ke tempat lain.


Maklumlah,ketika ini sedang sarat mengandungkan anak ke -3.Suami pula asyik bekerja siang malam,bagi  mencari kelengkapan baby.Huhhh~Lalu terpaksalah ina mengajak keluarga ina je keluar untuk makan malam. Semasa ni..,Ina sudah terasa sperti tanda-tanda nak bersalin sudah ada.Kontraksi kejap On Off..muka ina pun sudah pucat.Salah satu kontraksi yang datang adalah secara halus sakitnya.. seolah terasa seperti ingin cramp tetapi bukan.Lebih kurang macam tu lah..


Mengidam western semasa mengandung



McDonalds Menjadi Pilihan



Disebabkan masa agak pendek pada sebelah malam.Dengan keadaan abah ina yang tidak boleh sangat memandu ketika waktu malam.Kami pun singgah di Teluk Cempedak.Mcdonalds menjadi pilihan Ina.Teheeheh..Walaupun fastfood orang kata tak baik untuk kesihatan serta baby di dalam kandungan.Ina tetap teruskan.


Antara menu yang ina order ialah Bubur ayam McD (large),Sundae strawberry,Orange juice,Set Burger Double Cheese (large).Family ina? Dorang orang lain punya.Kalau korang nak tau..,ini semua makanan yang ina makan.Tehehehe..Selera memang besar semasa mengandung.Naluri ina pun berkata..,baik makan puas sepuasnya.Risau dalam pantang nanti,asyik terliur ni semua.

Rugi lahh,lagipun semasa tempoh berpantang ina selama 44hari.Selepas itu,makanan yang pedas-pedas ina akan tunggu sehingga 100 hari.Ehehehe.. Dan ais berpantang selama setahun. 



Berjalan kaki di sepanjang Pantai Teluk Cempedak



Selepas makan-makan.Sudah berehat selama lebih kurang 10 minit.Barulah kami bersiar-siar di tepi Pantai Teluk Cempedak.Ehehehe.. 

Di ketika ini,perut ina terasa ke bawah sangat.Adehhh..,sakit pula perut ina.Seolah menggalas beg yang berat dan melondeh perasaan Ina ketika ini tau.


Selepas beberapa minit berjalan.Mengah nya bukan main.Tercungap-cungap ina ni haa.Baby kat dalam asyik menendang.Hihhihi.. Selepas berehat sebentar tepi pantai,barulah sambung semula berjalan kaki untuk pulang ke parking kereta.


Apabila sampai sahaja di kereta,habis sakit-sakit badan.Huuuhh~ dalam hati terdetik pula "Ehh..,macam mana ni.Tenaga betul-betul sudah habis ni..,bagaimana lah jika malam ni bersalin juga".



Kontraksi menjadi-jadi



Wahh...,malam ni.Hebat sangat kontraksi nya.Asyik ON sahaja.Risau pula..tengah malam jam 1.30 pagi masa ni.Malas nak kejutkan suami yang baru beberapa minit melelapkan mata. Sempatlah Ina berpesan kepada baby yang di dalam perut tu.

  "Baby..,esok yer kita pergi hospital jumpa mama". Lepas dari itu,slow-slow sakit kontraksi hilang.



Sakit Nak Bersalin



Walaupun tanda tiada turun.Sebelum ni,anak pertama akan keluar tanda iaitu pecah ketuban (jenis air).Anak kedua pula langsung tiada tanda..,cuma terberak tanpa sedar ketika itu.Heeehhh.Lepas tu terus pergi ke hospital dan bukaan 5cm tanpa sebarang kesakitan.


Bangun pagi..selepas solat subuh ina tak boleh tidur dah.Sakit pula perut ni tau.Mak pesan,agar minum air rendaman akar Fatimah (yang dari Mekah). Orang tua-tua kata..,ini memudahkan proses bersalin.Jadinya..,tak mahu menghampakan mak ina sendiri.Ina ambil lah segelas air rendaman akar Fatimah tersebut.


Teringat akan peristiwa lama semasa ingin bersalin anak pertama.Agak sakitlah selepas meminum air rendaman akar Fatimah.Jadi,ina tak minum.Tetapi ina hanya sapukan pada perut sahaja.ehehehe.Tak sanggup weii sakit lama.


Rendaman Akar Fatimah


Pabila perut disapu dengan air rendaman akar Fatimah.Selang beberapa minit.Sakit dia datang.Perut terasa menyucuk-nyucuk.Tetapi tak kuat lah..,berbeza dengan minum air rendaman Akar Fatimah.Perut ina sudah memulas mulas.Sempatlah ina pergi ke dapur.Minum segelas air minuman MILO (tanpa gula mahupun susu) untuk tenaga semasa bersalin.


Semasa dalam perjalan dari dapur nak balik semula ke bilik Ina.Bayangkan,Ina dah tak boleh jalan straight macam orang normal.Hanya berjalan bongkok sahaja bagi mengurangkan kesakitan kontraksi tersebut.


Masa ni..,ina nak mandi.3 kali cubaan nak mandi bagi membersihkan diri awal pagi.Gagal! Kali ke 4,barulah kurang sakit kontraksi tersebut.Iya..,kali ini sakit sangat kontraksi nak bersalin kandungan ke 3 ina.


Kisah seterusnya..ina ada kongsikan di sini >> Ketuban Darah 

No comments:

Post a Comment