Sunday, July 15, 2018

Tukar Gearbox Mesin Basuh

Jumaat yang lepas,baru selesai segala kemelut yang melanda hidup ina sekeluarga.. iaitu hampir sebulan lebih kot.Mesin basuh rosak.



Ohh...ya,sebelum terlupa.Macam mana ina tau mesin basuh ni rosak yer? ada sisa-sisa sabun bertepek di pakaian.Hairan juga ina masa ni..,ingatkan tisu ke ape yang terlekat di pakaian.Rupanya..,sabun serbuk.


Al-kisahnya.. mesin basuh tu berbunyi bila di gunakan.Hmmm...,pada mulanya..,memang tak kisah lah.Ina syak waktu itu,mesin basuh berbunyi disebabkan kain di dalam mesin basuh tu tidak balance.Agaknya banyak sebelah kiri,sebelah kanan kurang kain baju.Hihihi.. 


Setelah di gunakan beberapa kali,tetap berbunyi begitu dan lama kelamaan,memang makin menakutkan bunyi yang di keluarkan oleh mesin basuh tersebut.



Rasanya...,satu deret perumahan kot dapat dengar bunyi mesin basuh ina ni..ehehe



 8 tahun Berkhidmat


Sebenarnya,mesin basuh brand Panasonic yang ina gunakan itu sudah berusia 8 tahun,seusia perkahwinan ina.Tehehehe...,tetiba jer kan? masuk cita bab lain.Ehehehe..okay..korang jangan marah k.Saja cerita.. mudah ingat usia mesin basuh ni,sama umur perkahwinan ina.


Sebelum ni..,suami ina Mr.Z tu sudah panggil Cina yang datang repair mesin basuh.Kata Cina tersebut..,mesin basuh ni masih boleh di gunakan lagi.Selagi belum meletup.Adeiiii~~ bikin takut sahaja uncle ni tau. Kami pun,laki bini tetap teruskan penggunaan mesin basuh yang rosak itu.


Uncle cina tu juga cakap.., selagi belum rosak lagi.Rugi jika tukar gearbox mesin basuh.Sebab modal pun tiga ratus lebih.Huhuhuhu.Kami laki bini tercengang..sebab tengah bulan dah masa tu kan.Ehehehe.



Bunyi



Bunyi mesin basuh,semakin menjadi.Pada awal mesin basuh menggeluarkan bunyi aneh.Masih boleh di terima lagi.Dan semakin lama digunakan,semakin menakutkan.Pada mulanya,bunyi seperti mesin parut kelapa..hahaha.Tapi kelamaan bunyi nyaring.Haisshhhh~ risau meletup atau lintar pintas berlaku jer masa tu.




gearbox mesin basuh



Baca artikel :Pengalaman menggunakan Dobi Layan Diri Di Kuantan



Tukar Gearbox 


Tadaaaa!! Sekarang..,ina dah boleh basuh baju dengan lebih aman dan selamat.Bila di fikirkan memang nak beli mesin basuh yang baru jer.Tetapi disebabkan poket kami laki bini tak tebal.Sebab mesin basuh,kami suka cari jenis yang long lasting.Untuk masa yang panjang. 

Sudah survey harga bulan lepas.Jenama samsung jika tak silap.Harga seribu lebih jugaklah..fully automatik.Ehehehehe.. terus tak jadi lah. Menabung jer dahulu.Ehehehe.Sementara itu,tukar gearbox mesin basuh jer sementara ni.

Kali ni,kami tukar gearbox dengan budak melayu pula.Hihihi.. Terima kasih..dua hari juga,tunggu siap pasang.Lagipun..,barang kena order.

Okaylah...,ina nak sambung basuh baju yang dah menggunung tu.Dua hari mesin basuh takde.Sebelum ni sesi membasuh baju dua kali sehari tau,cucian tangan dan juga mesin.Ehehehe.. Tetiba..,teringat zaman ina masa susah-susah dahulu.




1 comment:

  1. mesin bsuh ida nak servis bg bersih sbb bsuh je ada kotoran hitam lekat kt baju.mcm sisa sbun..geram rasa. aritu dh buka tapi xde spanar plak nk buka bwh die

    ReplyDelete