Wednesday, August 1, 2018

5 Tips : Suami! Jangan Lepas Tangan..

Isteri yang bekerjaya sangat banyak tanggungjawab.Selain memikul tanggungjawab sebagai ibu dan isteri,mereka tetap tiada pilihan untuk 'lepas tangan dalam melakukan kerja-kerja di rumah serta mendidik anak-anak.

Peranan sebagai isteri tersangatlah besar.Merekalah ibu dan isteri.Jadi,para suami..janganlah lepas tangan dalam hal-hal rumah tangga.



BUAT SUAMI...








1. Fahami tugas isteri


Si suami jangan cepat melenting jika isteri lambat menyediakan makanan atau mengambil apa sahaja yang diminta. Jangan sesekali meletakkan tugas kepada isteri 100% , sebaliknya cubalah berfikiran baik melihat bebanan yang dilakukan isteri dengan hati terbuka. 

Bayangkan kadangkadang si isteri bergegas pulang ke rumah hanya untuk menyediakan makanan kepada korang dan anak-anak dengan masakan dari air tangannya.



2. Ringankan beban isteri


Ada ramai bapa yang menyangka bahawa tugas untuk menjaga, memandikan, menidurkan dan pelbagai layanan yang diperlukan oleh anak-anak adalah ibunya. 

Sebenarnya mereka silap, bagi yang memahami konsep perkahwinan, tugas dalam rumah tangga sebenarnya adalah tanggungjawab bersama. Jika si isteri penat, apa salahnya  sebagai suami tolong meringankan beban. Sekali-sekala berjaga malam tiada salahnya.Bancuh susu anak ke atau bangun malam tukarkan pampers anak.


3. Jangan jemu pandang muka isteri


Ada lelaki yang menganggap isterinya tidak lagi berseri seperti mula-mula berkahwin dahulu.Isteri yang selesa berpakaian batik dan lusuh dipandangnya buruk berbanding pekerja wanita di tempat kerja sendiri.

Buat si isteri, sentiasalah menjaga penampilan dan berat badan supaya suami berasa gembira serta senang melihat diri anda yang sentiasa tampil menawan. Suami pula jangan mengambil kesempatan, tetapi bagilah dorongan.


Buat suami,bukanlah isteri sengaja nak comot di rumah.Tetapi..semuanya diatas bahu isteri.Isteri baru jer nak cantik,dah di kata atau perli dengan sindiran dengan mengatakan " ni dah buang tebiat ker..,malam-malam pakai cantik-cantik dan bermekap berwangi bagai ni nak kemana.Haaaa..,nampak tak? Kesian kan? 


4. Jangan terlalu memaksa isteri


Inilah masalah yang tidak difahami oleh kedua-dua pasangan. Suami lebih senang ‘ mengarah, meminta dan ‘mahu’, manakala si isteri pula ikut sahaja tanpa bantahan.

 Sebenarnya jika isteri letih, biarlah si dia berehat dahulu. Tugas dan bebanan yang dihadapi di tempat kerja membuatkan si isteri penat. Oleh kerana tidak mahu dianggap isteri derhaka, dia akan ikut sahaja.


Yupp,pernah tengok.Macam dalam drama tv tu.Nak minum air masak pun,suami malas ke dapur.Asyik nak mengarah jer.Jadi,apa lah salahnya si suami bangun dan berjalan tu pergi kedapur ambil sendiri minuman. Dan ada juga yang si isteri sanggup menyuapkan air minuman kepada si suami.Huhuhuhu..


 Percayalah dalam hatinya berasa sedih kerana hatinya berkata... ‘ Aku mahu rehat sekejap’..


5. Usah rasa tersisih


Suami berasa dirinya diabaikan oleh isteri kerana mereka asyik melayan anak – anak berbanding dirinya. Usah berasa tersisih, sebaliknya korang sebagai suami seharusnya berasa bersyukur kerana isteri korang berusaha untuk melakukan semua tugasan tersebut dengan senang hati. 


Yup..,sikap lelaki.Mungkin ada yang berkata.Yesss! aku ada kuota 4.Apapun..,aku masih boleh mencari lagi.Jadi tak salah jika aku bermain dengan perempuan di luar sana.


Jangan sesekali mengambil kesempatan untuk ‘makan luar’, dengan alasan kurang kasih sayang isteri.



Apapun...,buat para suami di luar sana.Hargailah pengorbanan si isteri.Selami jiwa isteri.Jangan biarkan isteri keseorangan menguruskan anak-anak dan rumahtangga lagi.




1 comment: