Wednesday, August 29, 2018

Furqan Menginjak ke Usia 1 Tahun 7 bulan Kini Lebih Lucu Gelagatnya

Alahai...dah agak lama dah tak update blog ni.Last update hari isnin baru-baru ni (dulu setiap hari ada jer up entri).Huuuhhh! Malas bebenor yea Ina nihh.Entri kali ni nak bercerita pasal anak-anak lah pulak.Sebelum-sebelum ni asyik cerita pasal resipi dan sembang kosong sahaja. 



parenting



BABY LELAKI



BACA : CIRI CIRI MENGANDUNG BABY LELAKI 



Ini lah dia.. satu satunya anak lelaki Ina.Muhammad Arif Furqan yang kini berusia 1 tahun 7 bulan.Sejak menginjak ke usia 1 tahun 7bulan ni,pelbagai keletah yang mencuit hati mama.Seronok pula.Walaupun Furqan ni sering memeningkan kepala ina.Tetapi..dia lah juga yang mampu buat Ina ketawa seharian.

Orang kata,beralih bulan..(umur).Semakin banyak akalnya.. tengok tu dalam gambar.Mukanya..,memang kelakar habis.Tak tahulah mana mewarisi jenis melawak aje si Furqan ni tau.Errrmm,mungkin juga dari tokki dia.Yang juga suka melawak sentiasa.Terkenan kott..hahahaha.



BERALIH BULAN


Alhamdulillah..,dia sudah boleh menyebut perkataan mama dan 'kak' pada usia 1 tahun.Yang ni mulut dia agak ringan untuk bercakap berbanding 2 lagi anak perempuan Ina.Pandai berjalan pun satu pakej dengan ringan mulut.Paling aktif! Sampai boleh buat darah tinggi abah naik.Hihhhi.. Mama pula? Mama cuma penat sahaja jaga kamu.Yang suka berlari sana dan kemari.Dapur mama banjir dibuatnya oleh si Furqan.Dia lah yang juga ajar kak Ngah Soffea ni bermain air di sinki dapur kering mama.Huuuh! Memang betul-betul menguji kesabaran Ina sebagai seorang ibu.. Tetapi Furqan ni pun cerdik sungguh! Dia akan lakukan segala kerja nya ketika Ina memasak di dapur ataupun semasa Ina solat.Arghhh! Dalam rumah..habis di conteng nya dinding rumah.



PERANGAI BARU



Disebabkan Furqan sudah beralih bulan.Kini lebih berakal dan banyak yang dia ingin pelajari.Antaranya..,satu keletah yang paling lucu setakat ini adalah.Dia tak boleh orang kiss pipi atau mana-mana anggota badannya.

Respon Furqan? Selepas orang kiss dia.Furqan akan cuit kat mana bahagian yang di kiss tadi,dia akan bau terlebih dahulu dan kemudian akan menangis.Busuk agaknya... hahaha. Bekas kiss tu kot yang busuk.Hihhihhi.

Furqan ni..,kalau tak buat mama ketawa sehari..memang tak sah. Ada jer benda dia buat orang gelak. 

1 comment: