Monday, August 6, 2018

Ujian Allah..Mengandung dan Bersalin




Hai... masih di ruangan pengalaman.Kali ini,Ina nak berkongsi kisah pengalaman ina bersalin.Tujuan adalah untuk kenangan bersama generasi ina.Muahahahha..Dan khas kepada pembaca yang terjumpa entri bersalin.Yup,ikutkan ini adalah pengalaman bersalin yang orang boleh kategorikan sebagai 'Nightmare' lah juga.



Alahan..



Yup..,kali ini.Mengandungkan anak yang nombor 3 sangat mudah.Takde langsung alahan.Kandungan pertama dan kedua amat teruk alahan mengandung.Sehinggakan paling teruk.Menyembur nyembur muntahnya.Boleh di katakan tiap hari juga lah,menangis ni tiap kali muntah setiap makan dan muntah pabila naik kereta.

Dah macam mabuk..,orang jalan jauh pula.Walhal tiap hari naik kereta.Nak pergi bandar,shopping beli barang baby masa tu kandungan 7bulan dah.Ambil masa 1 jam nak sampai tau.Walhal Pelindung ke Bandar Kuantan tu ambil masa 5 minit jer tau.Tapi kali ni luar biasa betul.Hahahaha..

Tapi..yang atas tadi tu,kenangan masa mengandungkan anak nombor dua iaitu Nur Wardina Soffea.


Baca : 16 Tanda mengandung baby boy

Tiada Alahan



Kali ni..,seronok sikit mengandung.Sebab tak rasa macam orang mengandung langsung.Perut pun kecil.Pernah ina nak kepastian..,selalu lompat.Nak rasa betul ke tidak ni mengandung.Ehehehe.. Dan satu lagi cara..,dengan cara menggosok gigi.Hahahaha..,pastu ada muntah.. maknanya..,masih adalah baby dalam perut tu (ini apa yang Nurse yang pesan dulu..)



Mengidam..nak makan 



Kali ni..,mengidam asyik nak makan masam-masam sahaja.Huhuhuhu.. Dari tak pernah makan buah epal hijau.Boleh lah pula jadi tabiat.Setiap hari minta makan..(nasib baik lah dalam peti memang sentiasa ada buah epal hijau masa tu..stok tak putus langsung).Buah epal tu pula Ina cicah dengan garam.Emmm...masam nyerrrr.Erkkk.


Dan..selain dari buah epal hijau.Ina mengidam Ikan Merah juga.. Nak kepala ikan Merah.Nak setiap minggu.. rabak poket suami.Hihihhihi.Korang tau lah,harga ikan merah macam mana.

Suami beli kepala ikan merah.. Khas untuk nak berjimat kepala ikan merah tu punya pasal.Ina masak sebelah asam pedas hari sama,dan sebelah lagi keesokan harinya.Ummmm..,nikmat sangat masa tu.



Aktif Bisnes


Sambil-sambil tu,ina juga cari duit poket juga tau.Tak mahu menyusahkan Mr Z.Ina aktif menjual masa tu.Bisnes roti,alhamdulillah.Lancar bisnes masa tu.Jiran-jiran,ibu pelajar sekolah PASTI sara dan rakan di facebook banyak order.Pernah sehinggakan demam urat.Yerlah,ina uli menggunakan tangan sahaja.Roti ina buat,semuanya fresh.Panas-panas lagi customer datang serbu ke rumah bagi menikmati pelbagai roti ina.

Masa ni..,memang ina tak fikir langsung untung.Jual hanya suka-suka dan bagi memenuhi mengidam Kepala Ikan Merah.Memang setiap hari beli kepala ikan.Emmm,heaven betul.




Asam Pedas 



Menu setiap hari ina semasa mengandungkan Furqan adalah asam pedas.Syok sangat! Suami pun seronok makan asam pedas tu.Buat 'extra' pedas dan 'extra' masam!! Slurppp... best sangat-sangat weiii.Orang tak mengidam pun,boleh layan.Heeehhh,macam suami ina tu.Pernah ina bergilir masak menu Sup Kepala Ikan Merah.Suami minta masakkan asam pedam juga..ehehehe.




Saat bersalin



Errkkkk..,paling takut nak ingat.Sebab bersalin kali ni adalah Ketuban darah..huuuuuiii.Ngeri!

Tulah..,ina pergi langgar pantang orang tua-tua.Degil! Mandi malam sampai kandungan masuk 9bulan,barulah teringat.Sudahnya.Memang lah mendapat.Sakit! Paling sakit tau.Tak keruan.Macam nak sembelit.Tapi taklepas..macam nak period,tapi macam nak meletup perut pun ada.Merah dan berpeluh semasa menahan sakit kontraksi bersama turun darah (ketuban darah).


Dan sampai dah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Rasa nak menjerit kat doktor.Nak push terus jer baby dalam perut ni tau.Sakit..tak tahan sangat! Tapi masih tak boleh.Sebabnya.. kontraksi kuat,bukaan masih baru 2cm.Allahuakbar! Allah nak uji ina sedikit lagi.Ina tak nangis pun.Dalam hati,banyakkan selawat dan zikir Ya Fattah.


Dan...allah masih menguji lagi Ina.Bukaan dah buka 4cm,tetapi doktor pelatih wanita memberitahu ina.Kepala baby masih tak turun lagi.Masih jauh.Tinggi lagi baby.. dalam hati hampa sangat! Ina pun,slowtalk dengan baby.Dari hati ke hati..hahaha. 


'Baby' mama tak larat dah ni.'Mama' tak tahan sakit lagi ni,bleeding dari tadi..mama taknak operate.


Dan,Doktor Pelatih wanita tersebut meminta izin untuk tarik dan bantu tolak turunkan kepala baby dari luar perut Ina.Alhamdulillah! Walaupun sedikit sakit.Mama redha..nak! Dan selepas di rehatkan di wad,petang itu juga bersalin.Setengah jam sahaja duduk di bilik bersalin.Alhamdulillah!! Dan nampak lahh..bird si baby.Allahuakbar! Suami menangis..sungguh-sungguh sebab allah izinkan kami laki bini memiliki baby lelaki akhirnya.Setelah dua orang sebelum ini perempuan.



No comments:

Post a Comment