Monday, September 3, 2018

Aktiviti Di Pantai Batu Hitam

Pantai


Dah lama tidak ke Pantai bersama keluarga..

Kebetulan cuti 31 august 2018,iaitu Hari Kemerdekaan.Sempatlah Ina bersama keluarga bersantai di tepi Pantai Batu Hitam.Alhamdulillah,betapa seronoknya anak-anak (Sara,Soffea dan Furqan).Setibanya di Pantai Batu Hitam,belum lagi turun dari kereta,anak-anak semuanya menjerit keseronokan.Erkkk...,macamlah tak pernah pergi ke pantai.Walhal 2 bulan jer tak pergi pantai.Maklumlah,asyik duk jogging di Tasik Pelindung sahaja.Mama malas nak bawa 3 askar kecil ni ke Pantai tanpa suami.Jenuh nanti,berkejaran..


Pantai

6 Buah Pantai Di Kuantan


Ohh,lupa pula nak cerita.Sebenarnya,di Kuantan terdapat 5 buah Pantai keseluruhan.Iaitu Pantai Beserah (tempat ikan segar naik),Pantai Pelindung (pun sama juga,tempat ikan segar naik),Pantai Teluk Cempedak (tempat riadah terbesar di Kuantan,tumpuan utama pelancong),Pantai Balok,Pantai Cherating (tumpuan pelancong) dan Pantai Batu Hitam.


Pantai yang dalam gambar tu ialah Pantai Batu Hitam.Terlalu banyak  batu-batu berwarna hitam di pesisiran pantai.Hati-hati yea,,kang luka kaki jika berkaki ayam di sini.

aktiviti pantai


Seronok lah bersantai di atas batu ni.Ehehehe..Bagi yang nak duduk di atas pasir pun boleh.Ada kawasan yang tiada batu-batu ni.. Korang..,Cantik tak air laut tu? Seawal jam 6 petang,air sudah mulai pasang.Tetapi,ada jer pengunjung di sini yang masih mandi manda tanpa menghiraukan situasi pantai tu.Huhuhuhu..


AKTIVITI PANTAI


Pelbagai ragam manusia di Pantai ni tau.Ada yang mandi-manda,mengutip kulit siput,main kejar-kejar dengan anak ketam (itu anak-anak ina lah tuuu),dan ada juga kaki pancing di sini.Ada juga sekumpulan keluarga india yang sedang buat Barbeque disini.Ini first time lah ina nampak,kebiasaannya takde lagi orang buat barbeque disini.Maklumlah..,ada kedai makan dan juga penjual kaki lima di sini.


ATV


Aktiviti terkini di Pantai Batu Hitam


Dahulu memang tiada aktiviti sebegini seperti ATV,Basikal (2penunggang),menjual layang-layang dan wau burung.Sekarang ni semenjak memasuki tahun 2018.Pantai Batu Hitam semakin meriah dengan pengunjung.Alhamdulillah.. seronok untuk kami datang lagi.Sekadar cuci mata dan mencari ilham baru untuk penulisan.Sangat bagus! Banyak idea segar yang datang selepas pulang dari Pantai Batu Hitam ni.


Air pasang surut


Ala...,baru jer nak tunggu matahari jatuh (senja).Tetapi tak sempat pula.Ehehehe...,dengan anak yang masih kecil.Terpaksa lah dibiarkan begitu.Tunggu anak-anak besar dahulu.Ermm...,pesan ina.Kalau korang nak mandi-manda atau beriadah di Pantai Batu Hitam ni,lebih baik korang cari tempat yang ramai orang yea. Jangan tempat sunyi dan jauh dari orang ramai.Lagi-lagi nak dekat senja.Sendiri mau ingat haaa! Makan memang tak habis kalau kena.Biasalah kan.. Sekadar bercakap daripada pengalaman.


Alhamdulillah,setelah pulang dari Pantai Batu Hitam ni,barulah siap artikel travel.Hihihi..Jika tidak,tepu otak ni.1 artikel asyik tersangkut aje.Tetapi alhamdulillah,dimudahkan urusan ina akhirnya.Ina memang suka air.Memang tenang jer,rileks jadinya.Tak serabut.. 




1 comment:

  1. Tak pernah pergi Pantai Black Stone ni. Dulu hampir tiap-tiap minggu pergi Teluk Cempedak je.

    ReplyDelete