Monday, October 1, 2018

2 Hari 1 Malam Di Grand BlueWave,Hotel Shah Alam

Assalamu'alaikum..


Travel,vacation,Hotel

Cuti Hari Malaysia yang lepas,sempatlah kami seisi keluarga menginap di Grand BlueWave,Hotel Shah Alam.Okay,kali ni..tanpa di rancang lagi..kami menginap di Hotel.Sebenarnya,kawan mempelawa kami menginap untuk satu malam lagi.Tetapi kami terpaksa menolak.Hihihihi..Maklumlah,segan nak menumpang rumah orang.So,kami pilih bermalam di Grand Bluewave,Hotel Shah Alam.




Last minit 



Yea..,kami laki bini memang suka beri keputusan last minit.Macam hotel ni.Setelah kami balik dari #familydayskbba9 #bloggerdaysout di Seri Kembangan.Keliling juga cari Hotel untuk di Check-In.Maklumlah,peak season kan? Cuti Hari Malaysia.Nasib baik ada bilik kosong.Ehehehe.. Alhamdulillah.

Ohh,kebetulan waktu itu semasa Check-In agak sedikit sibuk di Hotel.Ada event kenduri anak Dato kata salah seorang caterer yang kami jumpa di dalam lift.




check in hotel,staycation,hotel


Cantik tak?? Masuk jer Grand BlueWave,Hotel ni.Tadaa!! Wahhh,macam dalam mimpi pun ada.Fairytales pun ada..hahaha. Cantik betul pencahayaan kat sini.Banyak betul port menarik kalau untuk selfie kat sini tau.Kalau boleh..,ina nak selfie banyak-banyak kat sini tau.TApi apakan daya,badan dah berbau dari aktiviti pagi tadi.Kaki pun dah melecet.Memang tak larat sangat.





Ruangan Menunggu


Turun jer dari lift.Terus nampak ruangan menunggu tetamu ni.Cantik tak? Design dan pencahayaan tu.Match gilerr.Pandai interior designer hotel ni.Kerusi pun nampak moden dan simple.Frame tu pun cantik.Jika tak silap,ada banyak cermin kat sini.Ehehehe.



Bilik Hotel,Review hotel



Arah Bilik


Tak sabar nak masuk ke bilik.Tanda arah ni pun dah tak perasan dah tau.Huhuhu.Bilik ina 1014.. jadinya,arah ke kiri



anak seronok bercuti di hotel



Anak-anak lah paling excited jika bercuti ni.Nampak tak tu? Sara dahulu yang terjah bilik hotel tu tau.Huuuuh.Adeiii! 




Check In hotel,Review hotel



Okay.. barulah suami dan anak bongsu tu pula yang masuk ke dalam bilik hotel.Wowww! itu pandangan pertama ina bila kali pertama nampak bilik hotel yang cantik ni di Grand BlueWave,Shah Alam.



dekorasi hotel


Kasi change lah cik suami ni berehat.Lagipun dari pagi lagi kami bertolak dan beraktiviti di Farm In The City tu.Takpelah,dengan muka suami yag terkejut tu sekali selfie.Hihihihi.


Cantik sangat dekorasi bilik hotel ni.Rasanya,tema hotel ni keseluruhan ialah menggunakan tema HITAM.



hiasan hotel


Dan...,hotel ni juga banyak menggunakan hiasan frame gambar.Tengok kat atas tu..







staycation hotel


Bilik kami berhadapan bangunan.Bolehlah tengok pemandangan pada waktu malam.Hihiiihhi..cantik!



bathtub hotel,Staycation hotel,vacation


Tadaaa! Okay,terus rasa nak mandi sekarang! Hahahah.. design yang sangat cantik dalam tandas ni tau.Menampilkan konsep mewah.


bathtub hotel,Review hotel



hotel mesra pelanggan


KIT LENGKAP PENJAGAAN DIRI 


Pihak hotel telah sediakan dari ubat gigi,shaving kit,sanitary kit dan vanity kit pun ada.Serba lengkap lah kat sini.Berbaloi!







Ohh,di Hotel ni pun servis layanan dari kakitangan mesra.Dan servis angkat beg pun di sediakan.Menarik! 

Haritu kereta parking depan hotel,kebetulan kan ada event.Jadinya sesak lah,pengantin nak guna tapak yang ina parking kereta tu.Sementara nak tunggu suami daftar unuk check-In bilik,kereta ni terpaksa di alihkan.Errrkk,jujurnya memang ina tak pandai bawak kereta manual.Nasib baiklah staff hotel tolong alihkan.Huhhh..lega naaa


Pendek kata..memang sangat berbaloi datang menginap ke Grand Bluewave,Hotel Shah Alam ni.Tapi sayangnya,ina hanya menginap hanya satu malam sahaja disini.Next time nak kena stay sini lagi.Sebab ina tak sempat lagi nak jenguk gym,kolam renang dan juga restoran kat sini.Kesian anak-anak.. 


blogger review hotel


Sempatlah selfie dahulu depan cermin ni.Ehehehe! Ala..,gambar bergegar ni..adeii,bila cik suami ambilkan gambar..




Alamat dan nombor untuk dihubungi : 


Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia



Tel : (603) 5511 8811
Fax : (603) 5511 8899
Toll Free No : 1800 – 38 – 1388




No comments:

Post a Comment