Tuesday, October 2, 2018

Muka Sara Pucat


Assalamualaikum.

Agak lama dah kan..,Ina tak berkongsi kisah anak-anak di blog ni.Oh ya..,harini baru ada kisah tentang anak yang sulung tu.Nur Iman Qhaisara.

Kisahnya...

Semasa bangun pagi tadi nak ke sekolah.Ina dah nampak akan perubahan pada Sara.Tetapi sudah di periksa suhu badan.Tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia tak sihat.Cuma satu yang ina perasankan.Mata Sara tu bengkak.


Instinct Seorang Ibu


Hari ini,memang jadual ina bersama anak-anak berubah sedikit.Kebiasaannya,ina akan mandikan anak-anak tepat jam 10 pagi.Ehehehe.. Bukanlah apa.Sementara anak-anak masih nyenyak tidur,sempatlah ina workout terlebih dahulu.Hihhihi.. 5 minit jer workout demi kesihatan diri. Buat kerja menyapu tu..,buat juga tau.Cuma berbeza ketara antara workout dengan lakukan kerja rumah.Ehehehehe..

Dan selagi anak-anak (Soffea dan Furqan) tak bangkit pagi.Selagi itu lah,ina akan sambung kerja kerja lain seperti membasuh dan menjemur kain.Seterusnya Ina curi masa sedikit lagi untuk update blog dan juga check segala sosial media dan email.



Siap Awal Dari Rutin Harian



Pagi ni agak pelik.Ina dan anak-anak mandi awal dan suami pula pergi kerja lambat.Biasa jam 8.30 pagi,dia sudah pergi pejabat.Hari ni,memang allah nak tunjuk.


Dengan tayar kereta suami pancit lagi.Terpaksa suami ambil masa beberapa minit bagi memeriksa tayar keretanya.Seperti tayar kekurangan angin.Dan 8.40 pagi,telefon ina berdering.Nombor tak dikenali telah naik di skrin smartphone.Hmmm..,ikutkan tak mahu jawab panggilan tu.Tetapi nampak panggilan tu dari Whatsapp,bergegas ina menjawab panggilan tersebut.

Antara Perbualan Di Telefon



Cikgu : 'Assalamualaikum..,ini ibu kepada Nur Iman Qhaisara ke?'

Ina : Wasalam,iya.Saya ibunya.Kenapa cikgu (dengan nada cemas)

Cikgu : Anak puan ni,Iman dia muntah-muntah sudah 2 kali.Mula pun dah pucat sangat ni.Baju pun kami dah tukarkan dengan baju spare kat sekolah ni.

Ina : Ohhh..ya? Okay-okay cikgu.Saya ambil sekarang juga.


Itulah antara perbualan ina bersama cikgu kelas Sara.


***Alhamdulillah,kebetulan suami belum ke tempat kerja lagi.Suami yang ambil bawa pulang Sara.


Pulang dari sekolah,Sara masih muntah-muntah lagi.Kesian tengok..muka pun masih pucat.

No comments:

Post a Comment